Digital Special Collection Portal

Pengaruh kesejahteraan spiritual Islam sebagai mediator terhadap hubungan kecenderungan pengambilan risiko dan tekad keusahawanan dalam kalangan graduan usahawan di Malaysia


Citation

Nurul Azreen Salleh (2024) Pengaruh kesejahteraan spiritual Islam sebagai mediator terhadap hubungan kecenderungan pengambilan risiko dan tekad keusahawanan dalam kalangan graduan usahawan di Malaysia. Masters thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Tahap tekad keusahawanan (TK) dan kecenderungan pengambilan risiko (PR) masih di tahap rendah dan menunjukkan trend menurun berdasarkan kajian pengesanan usahawan graduan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Walaupun banyak kajian telah dilaksanakan mengenai TK dan PR, aspek keagamaan seperti elemen pembangunan kesejahteraan spiritual graduan kurang mendapat perhatian. Tahap kesejahteraan spiritual Islam (KSI) diramalkan mempunyai pengaruh kepada tahap keimanan dengan keyakinan yang kukuh pada Allah SWT. Jika diberi perhatian sepenuhnya, graduan akan mempunyai perasaan aman, tenang, dan bahagia walaupun terdapat kesukaran dalam perniagaan. Kajian ini bertujuan menentukan sejauh mana KSI sebagai mediator boleh membantu graduan usahawan (GU) memperkukuhkan TK dan PR yang berhemah, terutama semasa menghadapi cabaran dan risiko dalam usaha keusahawanan mereka. Model Imam al-Ghazali dan Teori Tingkah Laku Berencana dijadikan kerangka teori utama, disokong oleh Model Kecenderungan PR. Pengintegrasian ilmu tauhid dan panduan Imam Al-Ghazali membentuk pemboleh ubah mediator. Soal selidik dibangunkan dengan teknik Delphi dengan tiga pusingan dan ditadbir sendiri untuk mengumpul data kajian prauji dan kajian rintis. Analisis kajian menggunakan Prosidur Sistematik Pelaksanaan - Analisis Model Persamaan Berstruktur (PLS-SEM 4.0). Dapatan kajian menunjukkan kebolehpercayaan instrumen dengan nilai komposit reliabiliti yang tinggi. Analisis kesahan menumpu dan kesahan diskriminan membuktikan instrumen memenuhi kriteria yang diperlukan. Data diperoleh dari graduan yang mengikuti program keusahawanan dan perniagaan di ILKAP MAFI, ILKBS, KV, Politeknik, IPTS, dan UA, dianalisis menggunakan SPSS Versi 26 dan SmartPLS 4.0. Hasil analisis menunjukkan semua objektif dan persoalan penyelidikan tercapai. PR adalah signifikan dengan TK dan KSI, dan KSI mempunyai pengaruh mediator yang signifikan terhadap hubungan antara PR dan TK. Kajian ini menyumbang kepada pembangunan model KSI dan Keusahawanan yang praktikal tanpa mengabaikan dimensi spiritualiti, serta membina insan cemerlang di dunia dan akhirat. Beberapa implikasi dan cadangan disyorkan untuk dasar dan amalan dalam pendidikan keusahawanan graduan. Kesepaduan perspektif Islam melalui model Al-Ghazali dan pandangan barat melalui Teori Tingkah laku Berencana dan Model Kecenderungan dalam Pengambilan Risiko akan diterapkan dalam kajian ini

Download File / URL

[thumbnail of Nurul Azreen Binti Salleh.pdf] Text
Nurul Azreen Binti Salleh.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Date: 2024
Number of Pages: 261
Research Type: Qualitative
Supervisor: Prof. Dr. Raja Suzana Raja Kasim
Programme: Master of Entrepreneurship
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/16591
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2