Digital Special Collection Portal

Lentera Hikmah Naib Canselor #44: UMK4COMMUNITY : membumikan ilmu, mengangkat kehidupan


Citation

Arham Abdullah (2025) Lentera Hikmah Naib Canselor #44: UMK4COMMUNITY : membumikan ilmu, mengangkat kehidupan. [Corporate Memory]

Abstract

UMK4COMMUNITY : MEMBUMIKAN ILMU, MENGANGKAT KEHIDUPAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam UMK4U 1 Hati 1 Jiwa.

Universiti tidak seharusnya terpisah daripada denyut nadi masyarakat. Kewujudannya bukan untuk membina jarak intelektual, tetapi untuk mendekatkan ilmu dengan realiti kehidupan. Universiti yang bermakna ialah universiti yang hadir sebagai sahabat fikir, pendengar yang jujur dan pemudah cara kepada perubahan yang membina. Kesedaran inilah yang menggerakkan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam memaknai peranannya untuk berkembang bersama masyarakat.

Ilmu akan mencapai kemuliaannya apabila ia dikongsi dan diterjemahkan menjadi amal yang memakmurkan kehidupan, ia bukan sekadar untuk disimpan atau dibanggakan. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Mujadalah ayat 11 mengingatkan kita bahawa ketinggian ilmu terletak pada peranannya sebagai cahaya yang membimbing manusia. Justeru, ilmu tidak wajar terhenti di bilik kuliah atau jurnal akademik semata-mata, tetapi perlu turun ke bumi untuk menyelesaikan permasalahan sebenar masyarakat.

UMK melihat masyarakat setempat sebagai rakan strategik yang memiliki kearifan tempatan dan pengalaman bernilai. Dengan pendekatan turun ke lapangan, mendengar dengan empati dan membina hubungan berteraskan kepercayaan, universiti berusaha memastikan setiap inisiatif yang digerakkan selari dengan keperluan sebenar komuniti dan mampu memberi impak jangka panjang.

Berlandaskan prinsip ini, lebih 50 orang penyelidik dan pensyarah bersama ratusan pelajar UMK telah melaksanakan 21 projek komuniti di Bukit Tiu, Machang melalui pendekatan penyelidikan tindakan. Kejayaan inisiatif ini membuktikan bahawa ilmu bukan sekadar wacana, tetapi mampu diterjemahkan menjadi penyelesaian praktikal, sekali gus mengukuhkan komitmen UMK untuk memperluaskan Program Kampung Angkat MADANI ke lebih banyak kawasan di Kelantan.

Komitmen universiti terhadap pembangunan komuniti turut dizahirkan menerusi Program Sekolah Angkat Malaysia MADANI di Sekolah Kebangsaan Raja Bahar yang memerlihatkan UMK turut membantu menaik taraf Pusat Sumber Sekolah berkonsep Perpustakaan Digital. Usaha ini bertujuan memperkasa prasarana pembelajaran digital serta menyokong pembangunan murid dan guru secara holistik.

Keseluruhan pendekatan UMK4Community ini selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan, kemampanan dan nilai kemanusiaan. Akhirnya, kejayaan sebuah universiti tidak hanya diukur melalui pencapaian akademik, tetapi sejauh mana ia mampu menyentuh kehidupan, membina keupayaan dan menyemai harapan agar ilmu terus hidup sebagai cahaya kepada masyarakat.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas daripada,
Arham Abdullah

Download File / URL

[thumbnail of BANNER LH#44.jpg]
Preview
Image
BANNER LH#44.jpg

Download (338kB) | Preview
[thumbnail of LENTERA HIKMAH #44.pdf] Text
LENTERA HIKMAH #44.pdf

Download (88kB)

Additional Metadata

Item Type: Corporate Memory
Collection Type: Naib Canselor
Date: 28 December 2025
Subject Heading: Communication
Subject Heading: Top management
Subject Heading: Reflections
Subject Heading: Vice Chancellor
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/16092
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2