Citation
Arham Abdullah (2025) Lentera Hikmah Naib Canselor #43: Antara mudah dan benar. [Corporate Memory] |
Abstract
Antara mudah dan benar Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam UMK4U 1 Hati 1 Jiwa. Keputusan yang benar menuntut kejelasan tanggungjawab serta kesediaan untuk dipertanggungjawabkan. Ia mungkin bukan pilihan yang paling selesa atau paling popular, namun ia memastikan setiap tindakan yang diambil kekal selari dengan mandat, prinsip dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita. UMK tidak akan mampu mencapai kecemerlangan sekiranya kita membudayakan sikap mengelak daripada mengambil tanggungjawab, menangguhkan keputusan atau memindahkan beban amanah kita kepada pihak lain. Sebaliknya, budaya kerja yang sihat lahir daripada setiap warga universiti yang bersedia memikul peranan masing-masing dengan penuh kesedaran, akauntabiliti dan rasa tanggungjawab. Setiap peranan yang digalas membawa amanahnya yang tersendiri, dan setiap amanah itu pasti akan dipersoalkan. Allah SWT mengingatkan kita melalui firman-Nya : Ayat ini menjadi peringatan kepada kita bahawa setiap keputusan, tindakan dan sikap yang kita ambil dalam menjalankan tugas tidak terlepas daripada tanggungjawab. Ia bukan sahaja di hadapan manusia, malah di hadapan Allah SWT kelak. Sehubungan dengan itu, saya ingin menyeru kepada seluruh warga UMK agar menilai semula cara kita membuat keputusan. Jangan sekadar bertanya, “Boleh siap cepat atau tidak?” atau “Ada masalah atau tidak?” tetapi tanyalah juga, “Adakah ini benar?” dan “Adakah ini selari dengan nilai serta prinsip yang kita junjung sebagai warga universiti.” Di sinilah nilai sebenar kita diuji. Saya yakin, apabila kita konsisten memilih yang benar walaupun jalannya tidak mudah, UMK akan terus berkembang sebagai sebuah universiti yang selamat, prihatin dan berbudaya tinggi. Budaya inilah yang membentuk cara kita bekerja dan cara kita membawa nama universiti ini ke persada yang lebih luas. Marilah sama-sama kita berdoa agar Allah SWT membimbing hati dan akal kita dalam setiap keputusan yang dibuat. Semoga kita dikurniakan kekuatan untuk memilih kebenaran, meskipun jalannya menuntut kesabaran dan pengorbanan. Sekian, terima kasih. Ikhlas, Arham Abdullah |
Download File / URL
|
Additional Metadata
| Item Type: | Corporate Memory |
|---|---|
| Collection Type: | Naib Canselor |
| Date: | 21 December 2025 |
| Subject Heading: | Communication |
| Subject Heading: | Top management |
| Subject Heading: | Reflections |
| Subject Heading: | Vice Chancellor |
| Institution: | Universiti Malaysia Kelantan |
| URI: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/16000 |
| Statistic Details: | View Download Statistic |
