Citation
Arham Abdullah (2025) Lentera Hikmah Naib Canselor #41: UMK30 menerajui transformasi pendidikan lestari dan digital untuk masa depan. [Corporate Memory] |
Abstract
UMK30 MENERAJUI TRANSFORMASI PENDIDIKAN LESTARI DAN DIGITAL UNTUK MASA DEPAN Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Kita sedang berada pada titik perubahan penting dalam pendidikan tinggi. Dikala dunia menuntut kualiti graduan masa kini supaya mampu memahami isu global, menguasai teknologi dan membawa penyelesaian yang bertanggungjawab terhadap masyarakat dan alam sekitar, UMK memiliki potensi besar untuk memimpin perubahan ini melalui pelaksanaan UMK30 sebagai strategi transformasi universiti yang menyeluruh dan berfokus. UMK kini mengarusperdanakan Education for Sustainable Goals (ESG) dalam semua program akademik melalui pelaksanaan MQF 2.0 mulai Semester Februari 2025/2026. Usaha ini memperkukuh penerapan kompetensi masa depan seperti Systems Thinking, Anticipatory Competencies, Critical Thinking, Strategic Thinking, Collaboration, Integrated Problem-Solving, Self-Awareness dan Normative Competencies. Saya yakin kemampuan ini akan melahirkan graduan yang bukan sahaja unggul dari segi ilmu, tetapi juga matang dalam nilai kepimpinan dan kelestarian. Kini, AI menjadi agenda strategik UMK. Fakulti Sains Data dan Komputeran (FSDK) telah melaksanakan pembangunan kemahiran AI secara sistematik melalui kursus seperti AI Practice, Machine Learning, Natural Language Processing dan Computational Intelligence. Pelaksanaan projek Capstone dan Projek Tahun Akhir membantu pelajar menghasilkan model dan algoritma AI yang dapat diaplikasikan secara langsung bagi memenuhi keperluan sebenar industri. Saya ingin memastikan bahawa menjelang tahun 2026 penyepaduan AI diperluas ke seluruh program akademik UMK termasuk dalam kursus Asas Keusahawanan melalui silibus yang diperkukuh serta garis panduan AI universiti yang standard dan bersesuaian dengan keperluan industri semasa di bawah inisiatif KPI UMK30. Selari dengan komitmen terhadap 'green economy' dan kelestarian, UMK turut memperkenalkan program baharu Analitik Alam Sekitar yang menggabungkan elemen ESG dan ekonomi hijau dalam kerangka kurikulum Body of Knowledge (BoK) sebagai standard bidang oleh MQA. Langkah ini bukan sahaja memenuhi permintaan pasaran semasa, tetapi turut memperkasa graduan UMK untuk menjadi pencetus solusi inovatif yang berupaya memimpin transformasi kelestarian negara serta mencorakkan masa depan pembangunan yang lebih bertanggungjawab. Saya optimis bahawa pelaksanaan strategik ini akan memberikan kedudukan kompetitif yang lebih kukuh kepada UMK sebagai Universiti Keusahawanan No. 1 di Asia. Saya ingin melihat graduan UMK mampu tampil mencipta peluang baharu sebagai 'job creators' dan 'opportunity builders' serta bersedia memimpin inovasi sebagai 'innovation leaders' serta 'change drivers' dalam apa jua sektor dalam dan luar negara. Dengan kesatuan tekad dan komitmen seluruh warga UMK, saya yakin transformasi ini akan terus digerakkan dengan konsisten untuk memastikan UMK kekal di hadapan sebagai universiti yang memberi impak tinggi kepada pembangunan negara. Sekian, terima kasih. Ikhlas daripada, |
Download File / URL
|
Additional Metadata
| Item Type: | Corporate Memory |
|---|---|
| Collection Type: | Naib Canselor |
| Date: | 7 December 2025 |
| Subject Heading: | Communication |
| Subject Heading: | Top management |
| Subject Heading: | Reflections |
| Subject Heading: | Vice Chancellor |
| Institution: | Universiti Malaysia Kelantan |
| URI: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/15675 |
| Statistic Details: | View Download Statistic |
