Digital Special Collection Portal

Lentera Hikmah Naib Canselor #37: Inovasi akademik membuka jendela baharu pendidikan


Citation

Arham Abdullah (2025) Lentera Hikmah Naib Canselor #37: Inovasi akademik membuka jendela baharu pendidikan. [Corporate Memory]

Abstract

Inovasi Akademik Membuka Jendela Baharu Pendidikan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Malaysia MADANI dan Salam UMK4U 1 Hati 1 Jiwa.

Warga UMK yang saya hormati,

Setiap kali berbicara tentang masa depan pendidikan, kita semestinya menyentuh tentang masa depan negara. Sering saya sebut dalam Lentera Hikmah sebelum ini, universiti bukan lagi hanya terhad sebagai medan pengajian tetapi seiring perubahan landskap pendidikan dunia universiti mesti menjadi pusat kehidupan ilmu yang hidup, dinamik dan relevan.

Inilah semangat yang diketengahkan melalui Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Tinggi: Reka Bentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif (AKRI) 2025, yang menjadi wadah menyemarakkan pembudayaan dan pendekatan baharu dalam pendidikan tinggi.

Seperti yang ditekankan oleh YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir dalam ucapan beliau, dua teras penting dalam pendidikan ialah kurikulum dan pedagogi yang menjadi nadi kepada keberhasilan sistem pendidikan sesebuah negara. Kedua-dua teras ini perlu keluar dari kaedah konvensional yang bertumpu pada teks di atas kertas.

Alhamdulillah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dinobatkan sebagai Naib Johan AKRI 2025 bagi kategori Pengalaman Pembelajaran Imersif Maya melalui projek “Meningkatkan Kemahiran Pengaturcaraan Python Melalui Pembelajaran Imersif Berasaskan Minecraft” hasil inovasi Prof. Madya Dr. Muhammad Azwadi Sulaiman dan Prof. Madya Dr. Mohamad Najmi Masri daripada Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT).

Projek ini mencetus perubahan paradigma dalam dunia pendidikan universiti, apabila platform permainan yang asalnya dicipta untuk hiburan kini diolah menjadi ruang pembelajaran yang membina daya fikir, kreativiti dan logik. Ia seolah-olah membuka “jendela baharu” kepada cara kita memahami dan menghidupkan ilmu. Pelajar tidak lagi hanya menghafal sintaks, tetapi mengalami pembelajaran yang menyeronokkan, interaktif dan bermakna.

Saya mahu ketengahkan disini ialah, melalui konsep inovasi pendidikan yang baharu dan unik ini, universiti sedang melangkah ke era di mana kurikulum dan pedagogi tidak lagi bersifat statik. Ia menjadi dinamik, hidup dan relevan. Pembelajaran bukan lagi satu arah, tetapi dua hala dan bukan lagi teks aksara di buku, tetapi penerokaan akademik tanpa batasan.

Saya menyeru agar lebih ramai ahli akademik UMK berani mencipta dan bereksperimen dengan pendekatan baharu. Jadikan bilik kuliah sebagai ruang menghidupkan ilmu, tempat lahirnya pemikiran kritikal dan nilai kemanusiaan.

Apabila kita memperkasa reka bentuk kurikulum dan penyampaian yang inovatif, kita bukan sekadar mengubah cara kita mengajar tetapi kita sedang membentuk cara anak bangsa belajar, berfikir dan memimpin.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas daripada,
Arham Abdullah

Download File / URL

[thumbnail of BANNER LH#37.jpg]
Preview
Image
BANNER LH#37.jpg

Download (323kB) | Preview
[thumbnail of LENTERA HIKMAH #37.pdf] Text
LENTERA HIKMAH #37.pdf

Download (89kB)

Additional Metadata

Item Type: Corporate Memory
Collection Type: Naib Canselor
Date: 9 November 2025
Subject Heading: Communication
Subject Heading: Top management
Subject Heading: Reflections
Subject Heading: Vice Chancellor
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/15671
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2