Citation
Arham Abdullah (2025) LENTERA HIKMAH NAIB CANSELOR #35: Budaya Kerja Kita, Wajah Maruah Universiti. [Corporate Memory] |
Abstract
Budaya Kerja Kita, Wajah Maruah Universiti Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Malaysia MADANI dan Salam UMK4U 1 Hati 1 Jiwa. Warga UMK yang saya hormati, Kejayaan sesebuah organisasi tidak hanya diukur daripada pencapaian besar yang dicapai, tetapi juga daripada budaya kerja seharian yang diamalkan. Cara kita berkomunikasi, berurusan dan menghormati masa orang lain mencerminkan peribadi kita serta maruah universiti yang kita wakili. Saya percaya masih ada ruang untuk kita bersama-sama memperkukuh amalan kerja agar lebih berhemah, tepat dan berkesan. Dalam kesibukan tugasan, ada kalanya kita terlepas menepati masa, menyerahkan dokumen tanpa semakan rapi atau lewat memberi maklum balas terhadap mesej rasmi. Perkara kecil ini nampak remeh, tetapi memberi kesan besar kepada kepercayaan dan imej profesional universiti. Profesionalisme tidak hanya pada pangkat atau gelaran, tetapi terbias daripada disiplin dan tanggungjawab. Setiap komunikasi yang kita sampaikan menggambarkan siapa kita serta bagaimana kita menghormati orang lain. Jika sesuatu isu dirasakan sensitif, tangani dengan kebijaksanaan dan beradab. Kata-kata yang sopan mampu meredakan keadaan dan memupuk hubungan kerja yang harmoni. Saya juga ingin menggalakkan semua warga UMK untuk berbincang secara berhemah dan berhikmah apabila memerlukan penjelasan lanjut. Dapatkan pandangan daripada ketua jabatan, penyelia atau rakan sekerja yang memahami konteks dasar universiti. Semakan dan perbincangan yang dibuat secara tertib akan menghasilkan keputusan lebih matang serta memperkukuh kredibiliti organisasi kita. Marilah kita bersama-sama memupuk budaya kerja berasaskan ihsan, amanah dan profesionalisme. Kelak, Universiti ini akan terus dihormati bukan kerana gahnya nama, tetapi kerana budayanya yang mulia dan warganya yang berjiwa besar. Apabila kita bekerja dengan hati yang ikhlas dan niat yang baik, hasilnya bukan sahaja kejayaan, tetapi juga keberkatan yang mengiringi setiap usaha kita. Sekian, terima kasih. Ikhlas daripada, |
Download File / URL
|
Additional Metadata
| Item Type: | Corporate Memory |
|---|---|
| Collection Type: | Naib Canselor |
| Date: | 26 October 2025 |
| Subject Heading: | Communication |
| Subject Heading: | Top management |
| Subject Heading: | Reflections |
| Subject Heading: | Vice Chancellor |
| Institution: | Universiti Malaysia Kelantan |
| URI: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/15422 |
| Statistic Details: | View Download Statistic |
