Citation
Arham Abdullah (2025) Lentera Hikmah Naib Canselor #34: Hari Akademia 2025 berpaksikan ilmu, bernafas teknologi, berjiwa insani. [Corporate Memory] |
Abstract
HARI AKADEMIA 2025: BERPAKSIKAN ILMU, BERNAFAS TEKNOLOGI, BERJIWA INSANI Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Malaysia MADANI dan Salam UMK4U 1 Hati 1 Jiwa. Warga UMK yang saya hormati, Baru-baru ini, UMK menyambut Hari Akademia 2025 peringkat Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Justeru, saya ingin mengajak seluruh warga universiti untuk berpandangan jauh dengan menjadikan Kecerdasan Buatan (AI) sebagai denyut nadi baharu dalam ekosistem UMK. Sedar atau tidak, bergerak dalam arus perubahan yang pantas. Keupayaan insan tidak lagi diukur hanya melalui pena dan kertas, tetapi melalui kebijaksanaan dalam menguasai kecerdasan digital (Digital Intelligence), keupayaan menganalisis data, dan kecekapan berfikir secara strategik dalam menghadapi ketidaktentuan dunia. Inilah kecekapan baharu yang disebut sebagai Digital Agility iaitu keupayaan untuk menyesuaikan diri dan memimpin perubahan dalam era digital. Dahulu, ukuran literasi dinilai melalui keupayaan membaca dan menulis. Namun hari ini, makna literasi telah berkembang jauh lebih luas. Literasi masa depan menuntut kita menguasai AI, berfikir berasaskan data (data-driven thinking) dan memiliki keupayaan beradaptasi tinggi dalam menghadapi perubahan. Firman Allah SWT dalam Surah al-Mujadalah ayat 11: Janji Allah ini wajar menjadi asas kepada UMK dalam usaha mengintegrasikan AI dalam pendidikan tinggi. Di UMK, integrasi ini digerakkan melalui Fakulti Sains Data dan Komputeran (FSDK) iaitu fakulti pertama seumpamanya di Malaysia yang meneroka bidang Digital Entrepreneurship dan Capstone Projects berasaskan data serta disokong oleh Institute for Artificial Intelligence and Big Data (AIBIG) sebagai pusat kecemerlangan ilmu dan inovasi. Sinergi antara FSDK dan AIBIG membentuk UMK sebagai model universiti masa depan yang melahirkan graduan berjiwa insani, berilmu dan dan berintegriti dalam mendepani dunia digital. Saya percaya, pengadaptasian AI bukan untuk menggantikan manusia, tetapi untuk memperkukuh kesungguhan, meningkatkan kecekapan dan memperhalus ketelitian dalam melaksanakan amanah ilmu. Namun begitu, kemajuan tidak hanya bergantung kepada kecerdasan teknologi, tetapi juga kepada kecerdasan nilai dan akhlak. Teknologi mampu mempercepatkan langkah kemajuan, tetapi hanya akhlak mampu memastikan kemajuan itu membawa manfaat, keberkatan dan kesejahteraan kepada seluruh manusia. Sempena Hari Akademia 2025 ini, marilah kita memperbaharui tekad untuk menjadikan ilmu sebagai pembimbing perubahan, teknologi sebagai alat memperkasa ummah dan akhlak sebagai panduan agar setiap pencapaian kita terus berakar pada nilai dan keberkatan. Sekian, terima kasih Ikhlas, |
Download File / URL
|
Additional Metadata
| Item Type: | Corporate Memory |
|---|---|
| Collection Type: | Naib Canselor |
| Date: | 19 October 2025 |
| Subject Heading: | Communication |
| Subject Heading: | Top management |
| Subject Heading: | Reflections |
| Subject Heading: | Vice Chancellor |
| Institution: | Universiti Malaysia Kelantan |
| URI: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/15415 |
| Statistic Details: | View Download Statistic |
