Citation
Arham Abdullah (2025) LENTERA HIKMAH NAIB CANSELOR #32: Solidariti Global Sumud Flotilla, Hikmah Yang Harus Diteladani. [Corporate Memory] |
Abstract
Solidariti Global Sumud Flotilla, Hikmah Yang Harus Diteladani Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Malaysia MADANI dan Salam UMK4U 1 Hati 1 Jiwa kepada seluruh warga UMK yang saya kasihi. Sempena malam Hari Keluarga UMK 2025 baru-baru ini, seluruh keluarga besar UMK bersatu menzahirkan solidariti dengan semangat Global Sumud Flotilla (GSF) sebagai simbol keberanian, keteguhan dan komitmen menegakkan prinsip kebenaran. Walaupun objektif GSF untuk menyampaikan bantuan kepada rakyat Palestin tidak kesampaian, mesej keamanan dan keadilan tersebar mendunia. Siapa sangka, hanya dengan beberapa buah kapal persiaran kecil berani membelah lautan dan mampu menggerunkan kuasa besar. Biar kapal rosak, delegasi masih meneruskan misi dengan keberanian dan kecekalan. Saya teringat kepada kisah seekor burung pada zaman Nabi Ibrahim yang bolak-balik membawa setitik demi setitik air untuk memadamkan api. Burung itu tahu airnya tidak akan mampu memadamkan api yang besar, tetapi ia tetap berusaha kerana yang penting adalah keberanian untuk berdiri di pihak yang benar. Besar iktibar dua kisah ini, begitulah juga perjalanan UMK yang harus diteladani. UMK mungkin masih muda dan dilihat kecil di mata dunia, apatah lagi mahu menongkah arus cabaran global. Namun setiap usaha dalam bilik kuliah, penyelidikan, inovasi atau khidmat masyarakat adalah setitik air yang menyumbang kepada perubahan yang lebih besar. Saya menyeru agar warga UMK boleh merenung hikmah daripada kisah ini bahawa keberanian, ketekunan dan prinsip yang teguh mampu mengubah sesuatu yang kecil menjadi signifikan. Setiap langkah kecil yang diatur dengan strategi dan hikmah adalah permulaan kepada gelombang perubahan yang besar. Setiap strategi yang kita rancang, setiap misi yang kita susun, mesti dilandasi dengan strategic mindset. Pada hemat saya, untuk berminda strategik tidaklah sukar untuk warga UMK kerana ia adalah salah satu entrepreneurial attributes, iaitu DNA warga UMK. Sempena Hari Keluarga UMK 2025, marilah kita jadikan kisah ini sebagai cermin kehidupan dan pedoman perjuangan kita bersama. Walaupun langkah yang kita atur mungkin kecil, semangat, solidariti dan ilmu adalah suluh hikmah yang menuntun UMK menembusi arus dunia, menongkah cabaran global, dan membina kekuatan daripada perpaduan. Sekian, terima kasih. Ikhlas daripada, Arham bin Abdullah |
Download File / URL
|
Additional Metadata
Item Type: | Corporate Memory |
---|---|
Collection Type: | Naib Canselor |
Date: | 5 October 2025 |
Subject Heading: | Communication |
Subject Heading: | Top management |
Subject Heading: | Reflections |
Subject Heading: | Vice Chancellor |
Institution: | Universiti Malaysia Kelantan |
URI: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/15413 |
Statistic Details: | View Download Statistic |