Citation
Arham Abdullah (2025) LENTERA HIKMAH NAIB CANSELOR #29: UMK Perkukuh Strategi Global, Mendepani Daya Saing Universiti. [Corporate Memory] |
Abstract
UMK Perkukuh Strategi Global, Mendepani Daya Saing Universiti Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Malaysia MADANI dan Salam UMK4U 1 Hati 1 Jiwa kepada seluruh warga UMK yang saya kasihi. Isu pengantarabangsaan pendidikan tinggi sering menjadi polemik, ada yang melihatnya sebagai peluang global, sementara yang lain skeptikal dan mempolitikkan isu ini oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Hakikatnya, pelajar antarabangsa bukan beban fiskal kerana mereka membayar yuran lebih tinggi berbanding pelajar tempatan. Kehadiran mereka menambah pendapatan universiti, memperkaya ekosistem pembelajaran, membuka ruang interaksi budaya dan secara langsung menyediakan graduan tempatan lebih bersedia menghadapi pasaran kerja global. Nilai tambah seperti ini tidak akan wujud jika universiti kekal tertutup hanya kepada komuniti tempatan. Lebih daripada itu, suara sinis yang mengaitkan kemasukan pelajar antarabangsa dengan beban cukai rakyat adalah tidak berasas. Agenda pengantarabangsaan di bawah Lonjakan 8, Keunggulan Global merupakan strategi negara yang telah digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015–2025 (Pendidikan Tinggi) dengan aspirasi menjadikan Malaysia hab pendidikan antarabangsa. Universiti awam termasuk UMK wajar menyahut agenda ini sebagai tanggungjawab nasional. Seiring dengan itu, UMK turut memberi tumpuan khusus kepada program pascasiswazah dan inisiatif program mobiliti sebagai tonggak utama strategi pengantarabangsaan. Melalui kerjasama global, UMK membuka peluang kepada pelajar antarabangsa mengikuti pengajian di peringkat sarjana dan kedoktoran, sekali gus memperkukuh bidang penyelidikan yang bersifat rentas negara. Pada masa sama, pelajar UMK turut digalakkan menyertai program pertukaran, latihan industri dan penyelidikan bersama universiti luar negara agar mereka memperoleh pendedahan dan pengalaman antarabangsa yang signifikan. Usaha ini memastikan graduan UMK bukan sahaja berdaya saing dalam konteks tempatan, tetapi juga relevan di persada dunia. Keberkesanan strategi global ini telah membuktikan bahawa apabila UMK meraih tempat kedua dalam kategori Innovation and Entrepreneurship University of the Year dan Female Entrepreneurship Empowerment Award di Anugerah ACEEU Global Triple E 2025 di Prague, Republik Czech baru-baru ini. Pengiktirafan ini secara langsung telah meletakkan UMK pada kelas dunia, meneguhkan kedudukan sebagai peneraju universiti keusahawanan dengan agenda pengantarabangsaan yang jelas dan berimpak tinggi. Jelas bahawa, program pengantarabangsaan ini telah mencorak dalam peningkatan reputasi global, membina jaringan strategik, serta mengukuhkan martabat negara di pentas dunia. Justeru, universiti awam tidak boleh terperangkap dalam kepompong tempatan. Graduan mesti dibentuk dalam ekosistem antarabangsa agar terus relevan dan berdaya saing. UMK memilih untuk berani menembusi sempadan demi memastikan universiti ini terus dihormati sebagai pusat kecemerlangan ilmu dalam negara khususnya. Oleh itu, pengantarabangsaan bukan sekadar pilihan tetapi keperluan strategik untuk masa depan pendidikan tinggi negara. Ia sama sekali bukan ancaman terhadap hak anak bangsa, sebaliknya peluang memperkasa pelajar tempatan dengan pendedahan, jaringan dan pengalaman global yang bernilai. Dengan keberanian melangkah keluar dari kepompong tempatan, UMK bukan sahaja melahirkan graduan berkualiti tinggi, malah turut mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab pendidikan antarabangsa yang disegani di persada dunia. Ikhlas daripada, Arham bin Abdullah |
Download File / URL
|
Additional Metadata
Item Type: | Corporate Memory |
---|---|
Collection Type: | Naib Canselor |
Date: | 14 September 2025 |
Subject Heading: | Communication |
Subject Heading: | Top management |
Subject Heading: | Reflections |
Subject Heading: | Vice Chancellor |
Institution: | Universiti Malaysia Kelantan |
URI: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/15405 |
Statistic Details: | View Download Statistic |