Digital Special Collection Portal

Lentera Hikmah Naib Canselor #28: UMK capai pelbagai pencapaian melalui 14 quick wins


Citation

Arham Abdullah (2025) Lentera Hikmah Naib Canselor #28: UMK capai pelbagai pencapaian melalui 14 quick wins. [Corporate Memory]

Abstract

LENTERA HIKMAH NAIB CANSELOR #28

UMK CAPAI PELBAGAI PENCAPAIAN MELALUI 14 QUICK WINS:
"Sentiasa Tambah Baik, Jangan Terus Selesa"

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Malaysia MADANI dan Salam UMK4U 1 Hati 1 Jiwa kepada seluruh warga UMK yang dikasihi.

Alhamdulillah, dalam tempoh 200 hari pertama pentadbiran saya, UMK telah berjaya merekodkan pelbagai pencapaian penting melalui pelaksanaan 14 Quick Wins UMK30. Inisiatif ini disokong dengan 49 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang merangkumi bidang akademik, penyelidikan, keusahawanan, pengantarabangsaan dan pembangunan pelajar.

Antara pencapaian yang wajar untuk kita banggakan termasuk penubuhan Pasukan Tugas Khas UMK30 sebagai penyelaras untuk memantau semua program Universiti melalui UMK30, pengukuhan kemenjadian pelajar melalui integrasi ilmu aqli dan naqli serta pelaksanaan Program Asasi Teknologi Maklumat Huffaz yang mencapai 147% dengan 44 pelajar. Program AmazingUMK@School juga melonjak 300% dengan 68 program berjaya direalisasikan bersama sekolah.

Melalui UMK Centre of External Education (UMKCEE), kita berjaya menambah 163 pelajar pendidikan luar yang menyumbang hampir RM1 juta kepada pendapatan universiti. UMK Future pula telah mencapai 80% selaras dengan dasar pembangunan bakat perkhidmatan awam, manakala strategi penjanaan dan pendanaan melalui zakat, wakaf dan endowmen berjaya mengumpul lebih RM1 juta. Dalam masa sama, pengkomersialan penyelidikan telah melebihi 200% daripada sasaran.

Dari segi pengantarabangsaan, jumlah pelajar antarabangsa meningkat kepada 430 orang dan dijangka mencecah 480 pada September 2025. UMK turut melantik 14 pakar rujuk antarabangsa serta menjalin 12 jaringan kolaborasi global. Aktiviti sukan dan kerohanian juga diperkasa melalui pembinaan padang bola sintetik, acara sukan komersial, dan doa pagi di semua PTj.

Agenda digital UMK menyaksikan liputan WiFi kampus mencapai 85% dengan pembangunan empat sistem pentadbiran baharu. Hab Keusahawanan Global pula memperlihatkan peningkatan usahawan pelajar hampir 90% dan pembimbing keusahawanan 66%. Malah, ekosistem keusahawanan serba baharu melonjak dengan 17 program melibatkan 1,378 peserta bersama kerjasama industri bernilai lebih RM2 juta.

Walaupun ada pencapaian yang melangkaui sasaran, saya percaya ruang penambahbaikan masih luas kerana setiap langkah ini perlu diterjemahkan kepada impak jangka panjang. Suka saya ingatkan, refleksi seumpama ini amat penting untuk memastikan kita terus konsisten untuk mencapai sasaran UMK30 tercapai dan merealisasikan aspirasi sebagai Universiti Keusahawanan Terunggul ASEAN 2026 dan Asia 2030.

Ikhlas daripada ;

Arham Abdullah

Download File / URL

[thumbnail of BANNER LH#28.png]
Preview
Image
BANNER LH#28.png

Download (1MB) | Preview
[thumbnail of LENTERA HIKMAH #28.pdf] Text
LENTERA HIKMAH #28.pdf

Download (126kB)

Additional Metadata

Item Type: Corporate Memory
Collection Type: Naib Canselor
Date: 7 September 2025
Subject Heading: Communication
Subject Heading: Top management
Subject Heading: Reflections
Subject Heading: Vice Chancellor
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/15404
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2