Digital Special Collection Portal

STRATEGI INOVATIF DALAM MELESTARIKAN NILAI WARISAN MAKANAN: KAJIAN KES PENGAT ROTI KAPAL DI PERAK


Citation

KHAIRUNNISA ZURAIMI (2025) STRATEGI INOVATIF DALAM MELESTARIKAN NILAI WARISAN MAKANAN: KAJIAN KES PENGAT ROTI KAPAL DI PERAK. Final Year Project thesis, UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN.

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji strategi inovatif yang digunakan dalam melestarikan nilai warisan makanan Pengat Roti Kapal di Perak. Pengat Roti Kapal merupakan simbol budaya yang menggambarkan identiti sesebuah masyarakat. Namun disebabkan arus permodenan, roti kapal semakin kurang terdapat di pasaran. Pengaruh perkembangan teknologi dan perubahan gaya hidup menyebabkan permintaan terhadap roti kapal yang merupakan bahan utama dalam penyediaan Pengat Roti Kapal semakin menurun. Selain itu, pengeluaran roti kapal secara tradisional semakin berkurang akibat persaingan dengan produk roti yang lebih mudah diperoleh dan lebih sesuai dengan kehendak pasaran moden. Oleh itu, kajian ini mengenal pasti kaedah yang digunakan untuk memelihara Pengat Roti Kapal di Perak termasuk teknik tradisional dan pendekatan baharu yang dilaksanakan, mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan dengan memberi tumpuan kepada cara-cara meningkatkan penerimaan dan kelestarian masyarakat terhadap pemeliharaan Pengat Roti Kapal dan menganalisis persepsi masyarakat setempat terhadap usaha pemeliharaan ini dalam mengekalkan nilai budaya Pengat Roti Kapal serta pengaruhnya terhadap kelestarian budaya ini. Kajian ini menunjukkan bahawa strategi inovatif diperlukan untuk mengekalkan nilai warisan makanan tradisional supaya warisan makanan ini dapat dinikmati oleh generasi akan datang. Kajian ini menggunakan pendekatan campuran iaitu kaedah kuantitatif dengan 100 responden melalui boring soal selidik dan empat informan dari temu bual iaitu kaedah kualitatif.
Kata kunci: Roti Kapal, Bubur, Pengat, Makanan Warisan

Download File / URL

[thumbnail of KHAIRUNNISA BINTI ZURAIMI_C21A1757.pdf] Text
KHAIRUNNISA BINTI ZURAIMI_C21A1757.pdf

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2025
Number of Pages: 75
Supervisor: PUAN NUR ATHMAR BINTI HASHIM
Institution: UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/15313
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2