Digital Special Collection Portal

Lentera Hikmah Naib Canselor #27: Naratif aspirasi 200 hari, reflektif hala tuju UMK


Citation

Arham Abdullah (2025) Lentera Hikmah Naib Canselor #27: Naratif aspirasi 200 hari, reflektif hala tuju UMK. [Corporate Memory]

Abstract

NARATIF ASPIRASI 200 HARI, REFLEKTIF HALA TUJU UMK

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Malaysia MADANI dan Salam UMK4U 1 Hati 1 Jiwa kepada seluruh warga UMK yang dikasihi.

28 Ogos 2025 adalah 200 hari perjalanan naratif aspirasi saya sebagai Naib Canselor UMK yang ke-7. 100 hari pertama saya sebagai Naib Canselor, UMK ibarat melalui fasa musim bunga. Disemai aspirasi, visi dan tekad untuk membina masa depan UMK yang lebih cemerlang. Musim bunga itu sudah berlalu. 100 hari yang seterusnya, kita berada dalam musim yang menuntut kita menilai dengan jujur apa yang telah disemai dan ditanam, apa yang sedang tumbuh, dan hala tuju yang sedang dibentuk.

200 hari ini adalah cerminan perjalanan universiti. Ia mencatat sama ada usaha kecil dan besar, pencapaian yang kita raih bersama, serta cabaran yang kita hadapi dengan tabah. Daripada pengalaman ini, satu perkara ingin saya tegaskan, kepimpinan tidak pernah bersendirian. Ianya adalah konsep kebersamaan.

Aspirasi yang digerakkan melalui 14 Quick Win UMK30 kini sudah mula hidup dalam budaya universiti. Kita melihat peningkatan dalam kerjasama strategik, kejayaan dalam penyelidikan dan inovasi, pengukuhan imej korporat, serta budaya kerja yang semakin berorientasikan prestasi. Semua ini adalah bukti bahawa janji aspirasi sedang diterjemahkan menjadi realiti.

Namun kita tidak boleh berpuas hati dengan pencapaian hari ini. Sepanjang 200 hari, kita telah menanam aspirasi dan melihat hasil awal yang mula muncul. Yang lebih penting sekarang ialah mengekalkan momentum dengan tekad dan ketekunan. Refleksi mesti diteruskan. Namun ada perkara yang harus kita renungkan, adakah aspirasi ini benar-benar sebati dalam diri setiap warga UMK? Adakah perubahan yang kita dorong sudah menjadi budaya kerja dan cara fikir kita semua? Tanpa kejujuran menilai, pencapaian akan kekal sebagai angka, bukan menjadi roh yang menggerakkan universiti.

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah mencintai seseorang apabila dia melakukan sesuatu pekerjaan, dia melakukannya dengan tekun (ihsan).”
(Hadis Riwayat al-Baihaqi)

Warga UMK yang saya kasihi,
200 hari yang dianjurkan bukan untuk berseronok sebaliknya ia adalah tanda aras dan juga _warning alarm_. Musim bunga telah berlalu. Kini kita berada dalam musim yang menuntut kita menilai, memperkukuh, dan mempercepat hasil. Musim seterusnya akan menguji iltizam kita untuk terus menyuburkan apa yang telah ditanam, menuai kejayaan, dan berkongsi manfaat dengan masyarakat.

Dengan tekad, ketekunan, dan momentum yang berterusan, saya yakin UMK mampu mengangkat aspirasi bersama menjadi legasi yang memberi makna.

Semoga setiap musim yang kita lalui membawa hikmah, dan setiap hikmah membawa UMK lebih dekat dengan cita-cita besar menjadi universiti keusahawanan unggul di pentas dunia.

Ikhlas daripada,

Arham Abdullah

Download File / URL

[thumbnail of BANNER LH#27.jpg]
Preview
Image
BANNER LH#27.jpg

Download (394kB) | Preview
[thumbnail of LENTERA HIKMAH #27.pdf] Text
LENTERA HIKMAH #27.pdf

Download (126kB)

Additional Metadata

Item Type: Corporate Memory
Collection Type: Naib Canselor
Date: 2 September 2025
Subject Heading: Communication
Subject Heading: Top management
Subject Heading: Reflections
Subject Heading: Vice Chancellor
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/15275
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2