Digital Special Collection Portal

Lentera Hikmah Naib Canselor #25: Berkhidmat biar memberi erti


Citation

Arham Abdullah (2025) Lentera Hikmah Naib Canselor #25: Berkhidmat biar memberi erti. [Corporate Memory]

Abstract

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Malaysia MADANI dan Salam UMK4U 1 Hati 1 Jiwa kepada seluruh warga UMK yang saya kasihi.

Kita berada di universiti ini kerana sebuah amanah. Amanah untuk menjadikan UMK sebagai universiti unggul yang memberi ilmu, membina anak bangsa yang berjati diri, dan mampu menjadi agen perubahan yang mampu memberi impak positif kepada pembangunan negara. Sebagai warga UMK, amanah ini amat sinonim untuk digunakan agar kita dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pemegang taruh.

Kita tidak mahu warga UMK menterjemahkan amanah hanya sekadar hadir di pejabat dan melengkapkan rutin harian. Sebaliknya, kita hadir dengan tujuan untuk berbakti dengan ikhlas, dan meninggalkan kesan yang akan diingati.

Berkhidmat biar memberi erti. Saya menyeru kepada semua warga UMK agar setiap masa yang kita luangkan, setiap tenaga yang kita curahkan, dan setiap idea yang kita sumbangkan seharusnya membawa perubahan positif kepada pelajar yang kita bimbing, rakan sekerja yang kita sokong, dan komuniti yang kita santuni. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 148: “Maka berlumba-lumbalah kamu dalam membuat kebaikan.”

UMK tidak akan maju dengan kerja separuh hati atau mentaliti “asal cukup syarat”. Kita perlu berani keluar daripada zon selesa, berkembang dengan penuh komitmen, kreativiti tanpa batas, keberanian mencuba perkara baharu, dan keikhlasan dalam berkhidmat. Inilah yang membezakan antara sekadar hadir untuk bertugas dengan hadir untuk memberi makna.

Saya percaya, apabila setiap warga UMK menghayati semangat ini, kita bukan sahaja akan mengangkat martabat universiti, tetapi juga membina UMK sebagai ikon pendidikan keusahawanan di rantau ini, universiti yang melahirkan graduan berfikiran global, berdaya tahan, dan berjiwa besar sepertimana yang kita semua impikan. Bak kata pepatah Inggeris, “Excellence is not an act, but a habit.” Jadikan setiap hari di UMK peluang untuk memberi, membina, dan menginspirasi.

Marilah kita terus melangkah bersama dengan membawa penghayatan slogan UMK4U 1 Hati 1 Jiwa yang memberi 1001 makna. Sama-sama kita menjadikan UMK sebuah universiti yang bukan sahaja dikenang kerana pencapaiannya, tetapi juga kerana nilai dan jiwa yang kita tanamkan dalam setiap tindakan.

Semoga Allah SWT memberkati usaha kita dan memandu langkah kita untuk terus menjadikan UMK gemilang di pentas nasional dan antarabangsa.

Ikhlas,

Arham bin Abdullah

Download File / URL

[thumbnail of BANNER LH#25.png]
Preview
Image
BANNER LH#25.png

Download (2MB) | Preview
[thumbnail of LENTERA HIKMAH #25.pdf] Text
LENTERA HIKMAH #25.pdf

Download (121kB)

Additional Metadata

Item Type: Corporate Memory
Collection Type: Naib Canselor
Date: 17 August 2025
Subject Heading: Communication
Subject Heading: Top management
Subject Heading: Reflections
Subject Heading: Vice Chancellor
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/15273
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2