Digital Special Collection Portal

LENTERA HIKMAH NAIB CANSELOR #24: DIPLOMASI PENDIDIKAN UMK –SELATAN THAILAND KE ARAH HAB PENDIDIKAN DAN PENYELIDIKAN ASEAN


Citation

Arham Abdullah (2025) LENTERA HIKMAH NAIB CANSELOR #24: DIPLOMASI PENDIDIKAN UMK –SELATAN THAILAND KE ARAH HAB PENDIDIKAN DAN PENYELIDIKAN ASEAN. [Corporate Memory]

Abstract

DIPLOMASI PENDIDIKAN UMK – SELATAN THAILAND KE ARAH HAB PENDIDIKAN DAN PENYELIDIKAN ASEAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Malaysia MADANI dan Salam UMK4U 1 Hati 1 Jiwa kepada seluruh warga UMK yang saya kasihi.

Langkah UMK ke arah menjadi institusi pendidikan tinggi ulung negara dalam bidang keusahawanan terus diperkukuh dengan pelaksanaan diplomasi pendidikan yang strategik bersama institusi pendidikan di Selatan Thailand. Usaha ini sejajar dengan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, yang secara langsung memperkukuh jaringan pendidikan, penyelidikan dan hubungan budaya di rantau ini.

Dalam petikan ucapan saya ketika menerima kunjungan delegasi pendidikan dari Selatan Thailand baru-baru ini, saya menyatakan bahawa kedudukan geopolitik Kelantan yang bersempadan dengan wilayah tersebut memberikan kelebihan besar kepada UMK untuk membina platform kerjasama yang strategik. Keunikan hubungan geografi ini membuka ruang kepada inisiatif bersama yang mampu memberi manfaat ekonomi, akademik dan sosial kepada kedua-dua pihak.

Daripada ibrah lawatan balas delegasi Gabenor Wilayah Pattani ke UMK ini, saya melihat sendiri kesungguhan dan keterbukaan pemimpin pendidikan di Selatan Thailand untuk meneroka peluang kerjasama yang lebih luas, bukan sahaja dengan universiti, malah dengan sekolah menengah dan kolej teknikal. Inilah petanda positif bahawa UMK berada pada landasan tepat untuk memperkukuh kedudukan sebagai hab pendidikan dan penyelidikan serantau.

Hubungan akademik antara UMK dan universiti-universiti di Selatan Thailand bukanlah perkara baharu. Namun, kerjasama yang mula dirintis bersama sekolah menengah dan kolej teknikal di wilayah tersebut membuka lembaran baharu dalam usaha menarik pelajar mereka menyambung pengajian di UMK. Langkah ini merupakan inisiatif dan kesungguhan UMK untuk muncul sebagai hab ilmu dan inovasi di ASEAN.

Saya menaruh keyakinan yang tinggi kepada Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Pejabat Antarabangsa UMK, Pusat Pengurusan Akademik (PPA), Pusat Pengajian Siswazah (PPS) dan Malaysian Graduate School of Entrepreneurship and Business (MGSEB) untuk memastikan kesiapsiagaan penuh jika gelombang kemasukan pelajar antarabangsa ini tiba di UMK.

Kerjasama dua hala ini bakal memperkayakan pengalaman pembelajaran, memperluaskan perspektif global warga kampus, serta menyemai semangat serantau yang inklusif dan progresif. Ia juga mencerminkan komitmen UMK terhadap pendidikan berkualiti tinggi dan penyelidikan yang memberi impak besar kepada masyarakat.

Akhirnya, saya menyeru seluruh warga UMK untuk terus bersatu hati, bergerak dalam satu pasukan dan melangkah dengan strategi yang jelas. Dengan pegangan UMK4U 1 Hati 1 Jiwa, kita mampu meletakkan UMK di kelas tersendiri sebagai peneraju pendidikan dan penyelidikan di peringkat serantau.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas daripada,
Arham Abdullah

Download File / URL

[thumbnail of BANNER LH#24.jpg] Image
BANNER LH#24.jpg

Download (349kB)
[thumbnail of LENTERA HIKMAH #24.pdf] Text
LENTERA HIKMAH #24.pdf

Download (121kB)

Additional Metadata

Item Type: Corporate Memory
Collection Type: Naib Canselor
Date: 10 August 2025
Subject Heading: Communication
Subject Heading: Top management
Subject Heading: Reflections
Subject Heading: Vice Chancellor
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/15267
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2