Citation
Arham Abdullah (2025) Lentera Hikmah Naib Canselor #23: Menjunjung erti merdeka : Komitmen UMK untuk negara. [Corporate Memory] |
Abstract
MENJUNJUNG ERTI MERDEKA : KOMITMEN UMK UNTUK NEGARA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Malaysia MADANI dan Salam UMK4U 1 Hati 1 Jiwa kepada seluruh warga UMK. Kemerdekaan tidaklah terhad kepada kibaran Jalur Gemilang, nyanyian lagu patriotik mahupun keraian di peringkat jabatan atau kebangsaan. Ia adalah cerminan sejauh mana kita bebas berfikir dengan bijaksana, bertindak dengan nilai dan menyumbang secara bermakna kepada negara. Kemerdekaan ialah amanah. Tidak cukup untuk diletak hanya sekadar warisan sejarah, tetapi ia tanggungjawab sepanjang zaman. Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 yang diraikan pada tahun ini, saya bersama pihak pengurusan universiti telah merancang pelbagai program bagi memastikan semangat cintakan negara dan cintakan perpaduan terus mekar dalam kalangan warga kampus. Sejarah telah meninggalkan 1001 kenangan yang harus generasi hari ini ingati seperti mana perjuangan anak melayu pada suatu ketika dahulu iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang telah menaikkan semangat perjuangan penduduk Tanah Melayu sehingga membawa kepada Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Juateru, atas semangat dan prinsip kerja hari ini, saya menyeru kepada seluruh warga kampus agar tidak melihat tugasan harian sebagai rutin semata mata malah ia juga adalah sebagai ibadah dan sumbangan kepada pembinaan negara bangsa. Kita tidak boleh lagi hanya bertanya apa yang negara beri kepada kita tetapi harus juga bertanya apakah pula sumbangan kita kepada negara. Semangat kemerdekaan mesti terpancar dalam setiap tindakan kita dalam cara kita bekerja, berfikir dan membuat keputusan. Kita perlu berani berinovasi dan memimpin dengan penuh integriti. Inilah perjuangan masa kini. UMK akan sentiasa menyahut amanah ini dengan penuh tekad. Kita tidak mahu dijulang hanya kerana mengenang perjuangan lampau sebaliknya terus menyambungnya dengan visi dan tindakan berdasarkan aspirasi nasional. Marilah kita buktikan bahawa UMK bukan sekadar institusi pendidikan, tetapi agen perubahan yang memberi impak kepada masyarakat dan negara. Tunjukkan kesetiaan kita kepada tanah air, kerana kitalah pewaris kemerdekaan dan pencipta masa depan yang lebih gemilang. Sekian, terima kasih. Ikhlas daripada, Arham Abdullah |
Download File / URL
|
Additional Metadata
| Item Type: | Corporate Memory |
|---|---|
| Collection Type: | Naib Canselor |
| Date: | 3 August 2025 |
| Subject Heading: | Communication |
| Subject Heading: | Top management |
| Subject Heading: | Reflections |
| Subject Heading: | Vice Chancellor |
| Institution: | Universiti Malaysia Kelantan |
| URI: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/15266 |
| Statistic Details: | View Download Statistic |
