Citation
Arham Abdullah (2025) Lentera Hikmah Naib Canselor #22: Sukarelawan universiti pemangkin kemenjadian pelajar. [Corporate Memory] |
Abstract
SUKARELAWAN UNIVERSITI PEMANGKIN KEMENJADIAN PELAJAR Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Malaysia MADANI dan Salam UMK4U 1 Hati 1 Jiwa kepada seluruh warga UMK terutamanya kepada pelajar-pelajar yang saya kasihi. Dalam ekosistem pendidikan tinggi hari ini yang semakin mencabar, universiti bukan sekadar medan pengajian ilmu, tetapi juga ruang membina jati diri, memupuk kepimpinan dan mematangkan pemikiran. Saya percaya kemenjadian pelajar perlu menjadi teras utama dalam agenda universiti. Kemenjadian ini tidak terbina di bilik kuliah semata-mata. Ia disemai melalui pengalaman luar bilik darjah, terutama dalam aktiviti kesukarelawanan yang menjadi antara medan latihan terbaik. Sukarelawan adalah agen perubahan. Mereka belajar memahami erti kehidupan, menanam empati, memupuk rasa tanggungjawab dan membentuk jiwa besar. Di UMK, kita menyaksikan sendiri bagaimana pelajar yang aktif dalam aktiviti sukarelawan tampil dengan sahsiah tinggi, kesedaran sivik yang mantap dan karakter yang bersedia untuk dunia sebenar. Mereka bukan hanya cemerlang akademik, tetapi memiliki nilai tambah yang dicari oleh pihak industri. Universiti telah menyediakan ruang luas untuk pelajar meneroka potensi diri melalui program anjuran Pejabat Hal Ehwal Pelajar seperti kerja komuniti, misi bantuan, dan pelbagai inisiatif kemasyarakatan. Selain itu, pelajar turut digalakkan menyertai badan beruniform seperti Kor SUKSIS, PALAPES Darat, PALAPES Laut, SISPA, Askar Wataniah, SISKOR, BSMM, Pandu Puteri Klover Malaysia, Kelana Siswa, Briged Seni Silat Gayong dan Kor SUAR. Penyertaan dalam organisasi ini secara langsung telah membantu membina disiplin, ketahanan mental dan semangat berpasukan. Sementara itu juga, pertubuhan kelab & persatuan telah banyak membina karakter dan keperibadian unggul pelajar dalam melahirkan pemimpin yg terlatih. Dari segi infrastruktur dan fasiliti, universiti telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk pelajar dalam membentuk kualiti diri yang unggul. Antaranya melalui kemudahan sukan seperti padang bola sepak, gelanggang futsal, gelanggang squash, petanque, gelanggang sepak takraw, gelanggang bola tampar, bola jaring, lapang sasar memanah, woodball fairways dan lain-lain, di samping kemudahan untuk mencungkil bakat dalam pelbagai aktiviti kesenian dan kebudayaan. Di kolej kediaman pula, turut disediakan student lounge sebagai ruang perbincangan dan percambahan ilmu di luar waktu kuliah. Terbaharu, universiti telah menyediakan sudut ‘Sini Laye’ yang bertujuan memberi ruang kepada pelajar meningkatkan keyakinan diri melalui aktiviti persembahan serta kemahiran komunikasi melalui aktiviti pengucapan awam. Selain itu, UMK turut komited menambah baik kemudahan pelajar dari semasa ke semasa, contohnya proses menaik taraf padang bola sepak, gelanggang futsal, padang sintetik, kemudahan berbumbung dan perhentian bas. Segala bentuk aktiviti dan program di kampus memerlukan semangat kesukarelawanan yang tinggi dalam setiap diri pelajar. Justeru, saya ingin melihat pelajar-pelajar mengambil peluang yang tersedia ini demi meningkatkan perkembangan minda, mengasah perwatakan matang, menjadikan pemikiran yang lebih kritis dan inovatif serta lebih berdaya saing dalam apa jua lapangan. Pihak universiti telah sedaya upaya menyediakan pelbagai platform ini untuk melatih pelajar menjadi pemimpin yang berani dan bertanggungjawab. Oleh itu, rebutlah peluang yang telah tersedia ini kerana disinilah bermulanya langkah penting ke arah kejayaan selepas graduasi kelak. Sekian, terima kasih. Ikhlas daripada, Arham Abdullah |
Download File / URL
Full text not available from this repository.
|
Additional Metadata
| Item Type: | Corporate Memory |
|---|---|
| Collection Type: | Naib Canselor |
| Date: | 27 July 2025 |
| Subject Heading: | Communication |
| Subject Heading: | Top management |
| Subject Heading: | Reflections |
| Subject Heading: | Vice Chancellor |
| Institution: | Universiti Malaysia Kelantan |
| URI: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/15265 |
| Statistic Details: | View Download Statistic |
