Citation
Arham Abdullah (2025) LENTERA HIKMAH NAIB CANSELOR #21: EKOSISTEM KEUSAHAWANAN UMK SERBA BAHARU. [Corporate Memory] |
Abstract
EKOSISTEM KEUSAHAWANAN UMK SERBA BAHARU Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, UMK merupakan satu-satunya universiti awam di Malaysia yang digagaskan atas prinsip keusahawanan. Sejak awal penubuhannya, universiti ini diberikan mandat untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja berilmu, tetapi juga mampu mencipta nilai, menjana peluang dan menyumbang kepada pembangunan negara. Dalam Lentera Hikmah sebelum ini, saya telah menyebut bahawa keusahawanan adalah DNA UMK. Maka menjadi tanggungjawab kita untuk terus memperkasa kekuatan ini agar kekal relevan dan berdaya saing. Keusahawanan di UMK bukan sekadar silibus, tetapi asas kepada cara kita berfikir, bergerak dan bertindak. Kita perlu membina budaya universiti yang menyemai entrepreneurial mindset iaitu minda yang berani, kreatif, berdaya tahan dan mampu mengenal peluang di sebalik setiap cabaran. Graduan UMK perlu dibentuk untuk berfikir dan bertindak sebagai usahawan sebenar. Kita juga komited melahirkan innovation based entrepreneurs yang mampu mengkomersialkan idea, memanfaatkan teknologi serta meneroka sektor baharu berimpak tinggi seperti ekonomi digital, teknologi hijau dan agro teknologi. Pendekatan ini menyokong aspirasi negara ke arah ekonomi berasaskan inovasi dan pengetahuan. Untuk memperkukuh ekosistem keusahawanan UMK, tiga (3) inisiatif utama telah digerakkan. Pertama, penubuhan Industry and Entrepreneurship Eminent Advisor (IEEA) yang terdiri daripada pakar industri, akademik dan komuniti bagi memberikan pandangan strategik dan bebas kepada UMK. Kedua, reka bentuk semula ekosistem keusahawanan yang menumpukan kepada empat (4) komponen utama: penglibatan pelbagai pihak dalam pembangunan mahasiswa usahawan, pembangunan keupayaan berimpak tinggi, kolaborasi pendanaan, dan pemantapan identiti keusahawanan fakulti. Ketiga, peluasan pendekatan 2u2i menerusi Program Eksekutif Family Business, yang memberi peluang kepada ahli keluarga peniaga menimba ilmu secara fleksibel, profesional dan lestari. UMK Entrepreneurship Institute (UMKEI) terus menjadi pemacu utama dalam merealisasikan agenda ini. Pelbagai program pembangunan kapasiti telah dilaksanakan di peringkat negeri dan kebangsaan, khususnya untuk melahirkan usahawan muda yang bersedia menyumbang kepada masyarakat dan negara. Keusahawanan adalah jati diri UMK. Ia akan terus menjadi tunjang kepada masa depan universiti, masyarakat dan negara. Sekian, terima kasih. Ikhlas daripada, |
Download File / URL
|
Additional Metadata
Item Type: | Corporate Memory |
---|---|
Collection Type: | Naib Canselor |
Date: | 20 July 2025 |
Subject Heading: | Communication |
Subject Heading: | Top management |
Subject Heading: | Reflections |
Subject Heading: | Vice Chancellor |
Institution: | Universiti Malaysia Kelantan |
URI: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/15264 |
Statistic Details: | View Download Statistic |