Digital Special Collection Portal

Lentera Hikmah Naib Canselor #20 : Hab keusahawanan global: UMK sebagai pusat penjana usahawan sejagat


Citation

Arham Abdullah (2025) Lentera Hikmah Naib Canselor #20 : Hab keusahawanan global: UMK sebagai pusat penjana usahawan sejagat. [Corporate Memory]

Abstract

HAB KEUSAHAWANAN GLOBAL : UMK SEBAGAI PUSAT PENJANA USAHAWAN SEJAGAT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Malaysia MADANI dan Salam UMK4U, 1 Hati 1 Jiwa kepada seluruh warga UMK yang saya muliakan.

Keusahawanan adalah DNA UMK. Ia bukan sekadar aktiviti berniaga atau mengira untung rugi, tetapi satu cara berfikir berasaskan penyelesaian, kreativiti dan keberanian untuk memberi impak kepada masyarakat dan negara. Kini adalah masanya untuk memperkukuh agenda keusahawanan dalam aspek pembelajaran, pembangunan institusi dan penglibatan masyarakat, agar UMK diiktiraf sebagai Hab Keusahawanan Global.

UMK tidak hanya melahirkan graduan, tetapi membina usahawan sejagat yang kompeten, inovatif, beretika dan inklusif. Keusahawanan di UMK bukan semata-mata penciptaan kekayaan, tetapi satu usaha memperkasa komuniti, memajukan bangsa dan menyumbang kepada dunia. Sabda Nabi Muhammad SAW :

“Sembilan daripada sepuluh rezeki datang daripada perniagaan.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Hadis ini menjadi pedoman bahawa keusahawanan adalah wadah membina akhlak, amanah dan tanggungjawab sosial. Justeru, UMK mengangkat keusahawanan sebagai asas pembangunan insan dan kemakmuran ummah.

Saya berhasrat menjadikan UMK sebagai Entrepreneur Centric Melting Pot, iaitu pusat strategik yang menyatukan pelajar, staf, agensi, industri dan komuniti dalam satu ekosistem keusahawanan yang inklusif dan dinamik. Selaras dengan matlamat ini, UMK memperkukuh jaringan bersama kementerian dan agensi seperti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Kementerian Ekonomi (KE), dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), serta agensi pelaksana seperti SME Corp, MARA, TEKUN, MDEC, MTDC, INSKEN, TERAJU dan MRANTI. Turut diperkukuh ialah kerjasama dengan agensi koperasi seperti SKM dan ANGKASA bagi memperluas impak ekonomi sosial.

Melalui Institut Keusahawanan UMK (UMKEI), pelbagai inisiatif berimpak tinggi telah digerakkan. Unit seperti CEED, ISME, GERIC dan Ignite Venture Lab menyediakan ruang latihan, bimbingan, akses kepada pelabur serta kolaborasi bersama industri.

Terkini, UMK melalui UMKEI telah tersenarai sebagai Top 5 Finalists bagi kategori Innovative and Entrepreneurial University of the Year dalam Triple E Awards 2025 di Prague. Pencapaian ini meletakkan UMK sebaris dengan universiti terkemuka dunia, dan mencerminkan hala tuju strategik UMK dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan pendidikan tinggi.

Saya yakin apabila niat, ilmu dan tindakan disatukan, UMK akan terus melangkah sebagai Hab Keusahawanan Global yang disegani. Saya menyeru seluruh warga UMK agar terus menyumbang tenaga, kepakaran dan komitmen dalam menjayakan misi ini. Jadikan setiap ruang sebagai medan mencipta nilai, setiap interaksi sebagai peluang membina jaringan, dan setiap ilmu sebagai sumbangan bermakna kepada masyarakat.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas daripada,
Arham Abdullah

Download File / URL

[thumbnail of BANNER LH#20.jpg]
Preview
Image
BANNER LH#20.jpg

Download (330kB) | Preview
[thumbnail of LENTERA HIKMAH #20.pdf] Text
LENTERA HIKMAH #20.pdf

Download (121kB)

Additional Metadata

Item Type: Corporate Memory
Collection Type: Naib Canselor
Date: 13 July 2025
Subject Heading: Communication
Subject Heading: Top management
Subject Heading: Reflections
Subject Heading: Vice Chancellor
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/15263
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2