Digital Special Collection Portal

Lentera Hikmah Naib Canselor #19: Sistem penyampaian baharu: Era komunikasi berimpak UMK


Citation

Arham Abdullah (2025) Lentera Hikmah Naib Canselor #19: Sistem penyampaian baharu: Era komunikasi berimpak UMK. [Corporate Memory]

Abstract

SISTEM PENYAMPAIAN BAHARU: ERA KOMUNIKASI BERIMPAK UMK

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Malaysia MADANI dan Salam UMK4U 1 Hati 1 Jiwa kepada seluruh warga UMK yang saya kasihi.

UMK kini melangkah ke fasa baharu sebagai universiti keusahawanan bertaraf global. Untuk mencapai visi ini, komunikasi perlu digerakkan secara lebih strategik, pantas dan berimpak. Kita tidak boleh lagi beroperasi dalam silo akademik. Dalam dunia digital hari ini, kekuatan sesebuah universiti juga diukur melalui keupayaan menyampaikan naratifnya sendiri secara konsisten dan meyakinkan. Inilah asas kepada strategi branding institusi.

Penggunaan media sosial secara optimum dan kreatif akan memperkukuh penjenamaan UMK serta memastikan universiti kekal terlihat dan relevan. Ia menjadi platform dinamik untuk membina kepercayaan, menjelaskan identiti dan menonjolkan keunikan UMK sebagai universiti keusahawanan. Melaluinya, kita paparkan kejayaan pelajar, kepakaran pensyarah, inovasi penyelidikan dan impak kepada komuniti. Inilah medan di mana percikan kecil mampu menyalakan obor inspirasi dan membina gelombang impak yang lebih luas. Benarlah, “a spark can start a fire” dan disinilah bermulanya nyalaan yang memperkukuh reputasi universiti secara berterusan.

Sebagai contoh, kita ketengahkan penyelidikan Fakulti Industri Asas Tani (FIAT) menerusi projek penanaman herba tempatan, serta pencapaian pelajar dalam pertandingan perniagaan antarabangsa. Kandungan seperti ini membina naratif UMK sebagai institusi yang inovatif, relevan dan berpaksikan realiti semasa.

Penyampaian dan perkongsian berita mengenai pencapaian UMK juga diperkukuh melalui Rangkuman Berita Mingguan di semua saluran rasmi. Pendekatan ini memastikan maklumat penting disampaikan dengan cepat, konsisten dan berimpak. Teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) turut dimanfaatkan bagi meningkatkan keupayaan penyampaian maklumat secara masa nyata dan mesra pengguna.

UMK juga terus memperluas kandungan berformat langsung seperti siaran langsung, forum dan podcast di media sosial. Menerusi platform seperti ini, kita tampilkan pelbagai kepakaran, daripada penyelidik berimpak tinggi kepada staf teknikal yang menggerakkan sistem dalaman. Kandungan ini memperkukuh identiti UMK sebagai institusi yang terbuka, progresif dan berorientasikan penyelesaian.

Sebagai sebahagian strategi komunikasi dalaman, saya turut memperkenalkan siri Lentera Hikmah Naib Canselor sebagai saluran komunikasi mingguan. Sehingga kini, 19 siri telah diterbitkan meliputi tema kepimpinan, hala tuju universiti, inovasi dan budaya kerja.

Terima kasih atas komitmen berterusan dalam menjadikan komunikasi sebagai pemacu kekuatan UMK.

Ikhlas,

Arham Abdullah

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Corporate Memory
Collection Type: Naib Canselor
Date: 6 July 2025
Subject Heading: Communication
Subject Heading: Top management
Subject Heading: Reflections
Subject Heading: Vice Chancellor
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/15262
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2