Digital Special Collection Portal

Lentera Hikmah Naib Canselor #17: Kerohanian sebagai teras kepimpinan dan keberkatan universiti


Citation

Arham Abdullah (2025) Lentera Hikmah Naib Canselor #17: Kerohanian sebagai teras kepimpinan dan keberkatan universiti. [Corporate Memory]

Abstract

KEROHANIAN SEBAGAI TERAS KEPIMPINAN DAN KEBERKATAN UNIVERSITI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Malaysia MADANI dan Salam UMK4U, 1 Hati 1 Jiwa kepada seluruh warga Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang dikasihi dan dihormati.

Kepimpinan tanpa mengakari asas kerohanian akan menjadikan teras diri kita semakin rapuh. Selari dengan suasana dunia yang pantas berubah, teknologi yang menuntut ketangkasan dan keputusan-keputusan yang memerlukan pertimbangan, hati yang dekat dengan Allah SWT adalah benteng yang paling ampuh.

Dalam konteks budaya kerja hari ini, pembangunan spiritual adalah penting dalam membina budaya yang berkat dan jiwa organisasi yang tenang. Elemen spiritual ini harus diterapkan dalam budaya kerja seharian. Sebagai inisiatif, kita telah memulakan bacaan doa pagi sebelum memulakan tugas harian di Bangunan Canselori yang dipimpin oleh staf Pusat Islam dan wakil Pengurusan Tertinggi Universiti.

Saya ingin melihat inisiatif ini diperluaskan ke seluruh kampus, dipraktikkan di setiap pusat tanggung jawab dan fakulti, agar kita semua memulakan hari dengan kesedaran bahawa setiap amanah kita akan dipersoalkan, dan setiap keputusan kita dinilai dan diaudit bukan hanya oleh manusia, tetapi juga oleh Allah SWT.

"Sesiapa yang akhirat menjadi tujuannya, Allah akan menjadikan kekayaan dalam hatinya, mengatur urusannya, dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk. Dan sesiapa yang dunia menjadi tujuannya, Allah akan menjadikan kefakiran di antara dua matanya, mencerai-beraikan urusannya, dan dunia tidak akan datang kepadanya kecuali sekadar yang telah ditetapkan untuknya" (Hadith Riwayat Ibnu Majah).

Pelbagai program kerohanian juga telah dirangka dan akan dilaksanakan antaranya jemputan tokoh agama tersohor dari dalam dan luar universiti bagi mengisi program Kuliah Zohor & Maghrib, Sejam Bersama al-Quran, Kuliah Fiqh Wanita, Program Kerja Till Jannah: #BersamaKeSyurga dan Program Penghayatan Hari Kebesaran Islam. Di samping itu juga, kerjasama dengan tokoh ulama dan motivator tersohor turut diadakan untuk program bimbingan kepimpinan berasaskan nilai agama dan akhlak.

Saya percaya bahawa UMK akan menjadi universiti unggul bukan hanya kerana hasil penyelidikannya, fasilitinya, atau jaringan globalnya tetapi kerana ia dibina atas asas akhlak, iman dan kebergantungan kepada Allah SWT. Inilah intipati kepimpinan berteraskan kerohanian yang sebenar iaitu seorang pemimpin yang tidak melupakan solatnya, seorang pentadbir yang bermuhasabah sebelum membuat keputusan, seorang pensyarah yang membaca doa sebelum memulakan kuliah dan seorang pelajar yang beradab dalam ilmu dan hormat kepada gurunya.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas daripada;

Arham Abdullah

Download File / URL

[thumbnail of BANNER LH#17.jpg]
Preview
Image
BANNER LH#17.jpg

Download (416kB) | Preview
[thumbnail of LENTERA HIKMAH #17.pdf] Text
LENTERA HIKMAH #17.pdf

Download (119kB)

Additional Metadata

Item Type: Corporate Memory
Collection Type: Naib Canselor
Date: 22 June 2025
Subject Heading: Communication
Subject Heading: Top management
Subject Heading: Reflections
Subject Heading: Vice Chancellor
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/15258
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2