Citation
Arham Abdullah (2025) LENTERA HIKMAH NAIB CANSELOR#16: SUKAN KOMERSIAL : KESIHATAN MENJANA PENDAPATAN. [Corporate Memory] |
Abstract
SUKAN KOMERSIAL : KESIHATAN MENJANA PENDAPATAN Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Malaysia MADANI dan Salam UMK4U, 1 Hati 1 Jiwa kepada seluruh warga Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang saya kasihi. Dunia sukan hari ini bukan lagi sekadar gelanggang persaingan atau pentas untuk menonjolkan kemenangan, tetapi proses transformasi telah berlaku dengan menjadikan sebuah industri gergasi ini kepada satu aset paling berharga iaitu kesihatan. Revolusi ini menyaksikan bagaimana aktiviti fizikal, yang dahulunya dilihat sebagai sekadar gaya hidup sihat, kini menjadi lubuk pendapatan yang lumayan. Selaras dengan perkembangan ini, pihak universiti telah merangka beberapa penganjuran program sukan maraton, sukan berbasikal, sukan lasak dan aktiviti riadah kontemporari sekitar kampus yang bukan sahaja memberi manfaat kepada kesejahteraan dan kesihatan diri, tetapi juga memfokuskan kepada aspek penjanaan pendapatan universiti. Pada tahun ini juga, Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA) telah menyusun atur pelbagai program sepanjang tahun 2025 bagi menyemarakkan aktiviti sukan komersial, sukan lasak dan sukan sosial. Program ini termasuklah ‘UMK E Sports Championship’, ‘UMK XCO Cycling Challenge’, Kejohanan Kuda Lasak Piala Naib Canselor UMK, ‘Campus Ride’ bersama Tengku Mahkota Kelantan dan Kejohanan Sukan IPT Pantai Timur. Penyertaan ini akan menarik minat segenap lapisan masyarakat serta berpotensi untuk menjana pendapatan. Sebelum ini saya ada memaklumkan akan berikhtiar untuk membangunkan dan menaik taraf kemudahan sukan dan riadah yang lebih baik dalam kampus seperti golf driving range, padang bola sintetik, pembinaan astaka terbuka dan pembinaan gelanggang sukan berbumbung di UMK Bachok. Ikhtiar ini adalah merupakan salah satu strategi penjanaan pendapatan universiti menerusi kaedah penyewaaan ruang sukan yang tersedia, peralatan sukan dan menerusi penganjuran aktiviti yang mampu menjana sumber kepada universiti. Keadaan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada warga kampus malah akan turut dinikmati oleh masyarakat sekitar apabila kemudahan ini siap sepenuhnya. Dengan terlaksananya perkara ini, sudah pasti UMK akan menjadi pilihan baharu serta venue tambahan kepada para atlet dan masyarakat sekitar Kelantan dalam pembangunan sukan tanah air. Sekian, terima kasih. Ikhlas daripada; Arham Abdullah |
Download File / URL
|
Additional Metadata
Item Type: | Corporate Memory |
---|---|
Collection Type: | Naib Canselor |
Date: | 15 June 2025 |
Subject Heading: | Communication |
Subject Heading: | Top management |
Subject Heading: | Reflections |
Subject Heading: | Vice Chancellor |
Institution: | Universiti Malaysia Kelantan |
URI: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/15257 |
Statistic Details: | View Download Statistic |