Citation
Arham Abdullah (2025) Lentera Hikmah Naib Canselor #15: Penyelidikan berkualiti, komersialisasi bermakna. [Corporate Memory] |
Abstract
PENYELIDIKAN BERKUALITI, KOMERSIALISASI BERMAKNA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Malaysia MADANI, Salam UMK4U, 1 Hati 1 Jiwa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga UMK yang saya kasihi. Hari ini tanggal 8 Jun 2025 bersamaan 11 Zulhijjah 1446 Hijrah, genap 112 hari pentadbiran saya sebagai Naib Canselor. Dalam tempoh ini pelbagai pencapaian dan kejayaan yang telah kita gapai bersama, terutamanya dalam bidang penyelidikan dan komersial yang berimpak tinggi. Keadaan ini akan memperlihatkan pelbagai lagi pencapaian dan kejayaan yang akan mendatang. Dalam bidang penyelidikan, UMK telah berjaya memperoleh tujuh (7) geran penyelidikan industri dan komuniti iaitu 1) Development of an in-situ processing center using Integrated Kenaf Bioprocessing System : BioZyme Ultimate Debark Unit (B.U.D.U) yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mardawani, 2) Intelligent Filler System : Precision Powder Filling with Automatic Packaging Process yang diketuai oleh Ts. Dr. Mazlan, 3) Amplification of Kenal Leaves Drinks (iKenaf Tea) integrated with lemongrass and ginger formulation for the scale-up pilot study yang diketuai oleh Ts. Dr. Maryana, 4) Development of Integrated Solar Energy with Re-regulating Modular Mushroom System (I-SEM) yang diketuai oleh Ts. Dr. Iqbal dan, 5) Environmental System For Removal of Thorium Using Ion Exchange Gravitional Technique (E-RIEGHT) As New Model For Rare Earth Green Mining yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Hafidz, 6) Development of a Welding Monitoring System (SeeWeld) diketuai oleh Prof Madya Dr Sarizam bin Mamat dan 7) Bonny Fish with Flavoured Paste: Food Processing Innovations for Market Value, Convenience and Ready-to-Eat diketuai oleh Prof Dr Hjh Raja Suzana Raja Kasim. Manakala dalam usaha memperkukuhkan bidang penyelidikan berasaskan perusahaan sosial, pihak INSPEK telah berjaya melaksanakan enam (6) projek penyelidikan iaitu, 1) Projek Industri Pelet Ayam Madani untuk Penjanaan Pendapatan Kelompok Miskin Tegar di Bachok, 2) Projek Perusahaan Serai Orang Asli di Pos Blau Gua Musang, 3) Projek “Roti Madrasah Homebased” untuk Penigkatan Sosioekonomi Asnaf di Madrasah Tahfiz Ummu Halimah di Tumpat, 4) Perusahaan Sosial “Anyaman Suri Madani” untuk Komuniti Berpendapatan Rendah di Pulau Suri, Kota Bharu, 5) Projek Ekonomi Madani “Ukiran Perabot Rakyat” di Temangan, Machang, dan 6) Projek “Usahawan Herba Madani” untuk Komuniti Rentan di Pasir Mas. Lebih membanggakan, menerusi penyertaan UMK dalam Tahun Pengkomersialan Malaysia (Malaysia Commercialization Year) 2024, kita telah berjaya mengangkat martabat beberapa jenis produk hasil penyelidikan yang berpotensi dan mempunyai nilai komersial tinggi di peringkat nasional dan antarabangsa. Oleh itu, untuk terus mengekalkan kecemerlangan ini, kita akan turut menilai semula ekosistem pengkomersialan sedia ada dan memperkenalkan ekosistem yang baharu menerusi penyediaan latihan, dana dan kerjasama dengan pihak industri. Antaranya UMK akan menawarkan Dana Inovasi Tan Sri Fng Ah Seng berjumlah RM140,000.00 bagi 14 projek yang berpotensi untuk dikomersialkan. Saya yakin menerusi strategi ini kita akan dapat menggandakan lagi kejayaan sedia ada seperti kejayaan produk Biokenaf oleh Ts. Dr. Maryana, produk VitaLulut Gummies oleh Dr. Zubaidah Aimi, produk Clasiti oleh Prof. Madya Ts. Dr. Siti Nuurul Huda dan produk Cuka Motan oleh Prof. Madya Dr. Seri Intan. Sekian, terima kasih. Ikhlas daripada; Arham Abdullah |
Download File / URL
|
Additional Metadata
| Item Type: | Corporate Memory |
|---|---|
| Collection Type: | Naib Canselor |
| Date: | 8 June 2025 |
| Subject Heading: | Communication |
| Subject Heading: | Top management |
| Subject Heading: | Reflections |
| Subject Heading: | Vice Chancellor |
| Institution: | Universiti Malaysia Kelantan |
| URI: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/15246 |
| Statistic Details: | View Download Statistic |
