Citation
Arham Abdullah (2025) Lentera Hikmah Naib Canselor #14: Menjulang UMK ke peringkat dunia: Pengantarabangsaan yang holistik. [Corporate Memory] |
Abstract
MENJULANG UMK KE PERINGKAT DUNIA : PENGANTARABANGSAAN YANG HOLISTIK Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Malaysia MADANI, dan Salam UMK4U, 1 Hati 1 Jiwa kepada seluruh warga Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang saya kasihi. UMK telah memperkukuhkan kedudukan sebagai destinasi pelajar antarabangsa melalui inisiatif yang lebih agresif bagi mempromosikan UMK sebagai universiti yang berteraskan keusahawanan. Rekod terkini menunjukkan seramai 470 orang mahasiswa antarabangsa daripada 19 buah negara sedang melanjutkan pengajian di UMK. Usaha melonjakkan nama UMK di persada antarabangsa juga telah dilaksanakan menerusi pelantikan 12 orang pakar rujuk tersohor antarabangsa yang terdiri daripada 7 orang Profesor Adjung daripada Amerika Syarikat, Taiwan, Nigeria, Sepanyol, Kazakhstan, Arab Saudi, dan Maldives, serta 5 orang Profesor Pelawat daripada United Kingdom, Canada, Jepun, Amerika Syarikat dan Korea Selatan. Semua strategi dan inisiatif ini akan dipusatkan di bawah kelolaan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) bagi memastikan gerakerja yang lebih terarah, bersinergi dan berimpak tinggi. Sekian, terima kasih. Ikhlas daripada; Arham Abdullah |
Download File / URL
|
Additional Metadata
| Item Type: | Corporate Memory |
|---|---|
| Collection Type: | Naib Canselor |
| Date: | 1 June 2025 |
| Subject Heading: | Communication |
| Subject Heading: | Top management |
| Subject Heading: | Reflections |
| Subject Heading: | Vice Chancellor |
| Institution: | Universiti Malaysia Kelantan |
| URI: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/15232 |
| Statistic Details: | View Download Statistic |
