Citation
Arham Abdullah (2025) Lentera Hikmah Naib Canselor #13: UMK dan strategi pendanaan baharu: Menjana, menyemarakkan harapan. [Corporate Memory] |
Abstract
UMK DAN STRATEGI PENDANAAN BAHARU : MENJANA, MENYEMARAKKAN HARAPAN Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Malaysia MADANI, dan Salam UMK4U, 1 Hati 1 Jiwa kepada seluruh warga Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang saya kasihi. Masa depan sesebuah universiti tidak hanya bergantung kepada kejayaan akademik dan reputasi penyelidikan, tetapi juga kepada kebijaksanaan dalam merancang dan memperkukuh strategi pendanaan yang mampan. Dalam dunia pendidikan tinggi hari ini yang semakin mencabar, universiti tidak boleh lagi bergantung sepenuhnya kepada peruntukan geran kerajaan semata-mata, malah kita perlu berani mencipta ruang, mencari peluang dan membina sumber baharu. Sebagai sebuah universiti yang terus komited untuk menjadi peneraju keusahawanan, saya sedar kita memerlukan sumber kewangan yang mampan. Untuk itu, satu strategi penjanaan baru akan diperkenalkan bagi memaksimumkan pendapatan universiti. Antara langkah utama adalah “monetization of asset and facilities” UMK iaitu dengan meningkatkan aktiviti penyewaan ruang dan kemudahan kepada pihak luar, serta mengkomersialkan hasil penyelidikan UMK. Universiti perlu bertindak dengan lebih proaktif dalam memaksimumkan penggunaan aset fizikal yang sedia ada. Kaedah penyewaan ruang seperti dewan serta fasiliti sukan bukan sahaja berpotensi menjana pendapatan yang berterusan, malah mampu mewujudkan ekosistem yang lebih lestari. Inisiatif ini turut dijadikan sebagai salah satu sumber kewangan alternatif universiti pada masa hadapan. Di samping itu juga, kita akan turut melaksanakan inisiatif penjimatan kos melalui automasi dan sistem IT oleh Pusat Komputeran dan Informatik (CCI). Perkara ini antara lainnya meliputi sistem tuntutan perjalanan yang akan dipermudahkan dengan menggunakan platform digital, yang bukan sahaja mengurangkan kebergantungan kepada proses manual serta penggunaan kertas dan dakwat tetapi juga menjimatkan masa staf. Pada masa yang sama, zakat, wakaf dan endowmen akan ditingkatkan sebagai sumber pendanaan tambahan untuk menyokong program pendidikan dan penyelidikan di UMK. Bagi memastikan kelancaran urusan ini, sebuah Pusat Tanggungjawab khas bakal ditubuhkan iaitu Pusat Kelestarian Kewangan Universiti bagi mentadbir dan menyelaras aktiviti wakaf, zakat dan endowmen ini secara profesional dan lestari. Inilah harapan dan komitmen kita bersama untuk menjadikan UMK sebagai universiti yang tidak hanya kukuh dari aspek akademik, tetapi juga berdaya tahan dari aspek kelangsungan pengurusan kewangan. Firman Allah SWT, Mafhumnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (ke Jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik…” Saya percaya, jika strategi pendanaan baharu ini berjaya dan beroperasi dengan konsisten seperti yang dirancang, UMK mampu untuk meneruskan kelangsungan operasi tanpa bergantung harap sepenuhnya kepada bantuan geran kerajaan semata-mata. InshaAllah, dengan izin-Nya, usaha murni kita ini akan terus diberkati dan dipermudahkan segala urusan kita dalam menyantuni inisiatif-inisiatif yang telah saya gariskan ini. Sekian, terima kasih. Ikhlas daripada; Arham Abdullah |
Download File / URL
|
Additional Metadata
| Item Type: | Corporate Memory |
|---|---|
| Collection Type: | Naib Canselor |
| Date: | 25 May 2025 |
| Subject Heading: | Communication |
| Subject Heading: | Top management |
| Subject Heading: | Reflections |
| Subject Heading: | Vice Chancellor |
| Institution: | Universiti Malaysia Kelantan |
| URI: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/15231 |
| Statistic Details: | View Download Statistic |
