Digital Special Collection Portal

LENTERA HIKMAH NAIB CANSELOR#11: PUSAT PENDIDIKAN LUAR UMK (UMKCEE) DINAMIK : MEMPERLUAS AKSES, MENJANA PENDAPATAN


Citation

Arham Abdullah (2025) LENTERA HIKMAH NAIB CANSELOR#11: PUSAT PENDIDIKAN LUAR UMK (UMKCEE) DINAMIK : MEMPERLUAS AKSES, MENJANA PENDAPATAN. [Corporate Memory]

Abstract

PUSAT PENDIDIKAN LUAR UMK (UMKCEE) DINAMIK : MEMPERLUAS AKSES, MENJANA PENDAPATAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Malaysia MADANI, dan Salam UMK4U, 1 Hati 1 Jiwa kepada seluruh warga universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang saya muliakan.

Institusi Pendidikan Tinggi negara hari ini masing-masing berkejaran untuk meletakkan universiti sebagai sebuah peneraju dalam dunia akademik yang unggul. Namun UMK tidak ketinggalan dalam memastikan hasrat ini turut menjadi nama yang gah di mata dan telinga umum. Dalam 14 Langkah strategik awal atau quick win yang telah saya perkenalkan sebelum ini, agenda penstrukturan semula Pusat Pendidikan Luar UMK (UMKCEE) menjadi tumpuan penting dalam memastikan hasrat ini dapat dicapai.

Penstrukturan ini bukanlah sekadar penjenamaan semula, tetapi adalah reformasi menyeluruh untuk memperkasa peranan UMKCEE sebagai pemacu pendidikan sepanjang hayat, platform pendidikan alternatif yang fleksibel, dan pada masa yang sama sebagai sumber penjanaan pendapatan mampan kepada Universiti. UMKCEE mestilah bijak mengenal pasti dan mengambil peluang-peluang berharga dengan meletakkan produk kita sebagai sasaran yang memfokuskan kepada negara-negara yang berpotensi untuk dipasarkan.

UMKCEE akan ditransformasi sebagai Strategic Business Unit (SBU) yang mempunyai autonomi dalam pengurusan kewangan dan sumber manusia agar proses merancang, melaksanakan strategi dan penjanaan keuntungan daripada aktiviti yang dijalankan dapat direalisasikan. Di samping itu juga UMKCEE turut menjadi hab utama pendidikan luar di negara ini dengan platform digital hibrid dan modul pembelajaran mikro yang tailor-made (selari) dengan kehendak industri dan komuniti setempat. Pengukuhan pelaksanaan Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL) bakal memberi berpeluang kepada semua kumpulan sasaran untuk ke menara gading, di samping memberi pengiktirafan kepada pengalaman luas mereka dalam bidang pekerjaan masing-masing melalui model sistem pendidikan kita.

UMK akan menjadi antara institusi yang paling progresif dalam memperluas laluan APEL sebagai gerbang masuk ke program ijazah, atau pensijilan profesional. Kita mengambil pendekatan daripada amalan terbaik dunia yang telah membuktikan bahawa pengiktirafan pembelajaran tidak formal boleh membawa impak sosial dan ekonomi yang besar, jika dilaksanakan dengan telus dan berkualiti. Ia akan digerakkan sebagai sebuah entiti akademik yang fleksibel, responsif dan komersial, tetapi tetap berpaksikan nilai dan misi keilmuan UMK. UMKCEE bukan hanya tentang menjana hasil atau menambah enrolmen, tetapi sebagai pembuka pintu-pintu ilmu dan harapan kepada mereka yang memerlukannya.

Baru-baru ini, saya bersama Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) dan Pengarah UMKCEE telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Indonesia, yang secara langsung dalam usaha memperkukuhkan peranan strategik universiti dalam memperluas akses dan penjanaan pendapatan Universiti melalui jaringan antarabangsa. Pengukuhan kolaborasi ini telah diadakan bersama Universiti Telkom (UT) Bandung, Institut Teknologi Bandung, Kampus-kampus Nahdlatul Ulama (NU) dan Muhammadiyah di Indonesia.

Rentetan daripada lawatan tersebut, komitmen daripada negara serumpun kita telah dizahirkan menerusi lawatan balas daripada Professor Dr. H. Haedar Nashir, tokoh utama Muhammadiyah bersama delegasi kepimpinan Muhammadiyah pada 4 dan 5 Mei 2025 ke UMK. Pada kesempatan itu juga, UMK turut menandatangani Surat Hasrat (LOI) bersama lima institusi ternama di Indonesia, iaitu Universitas 'Aisyiyah Yogyakarta, Universitas Muhammadiyah Purwokerto, Universitas Muhammadiyah Surabaya, Universitas Muhammadiyah Cirebon, dan Universitas Muhammadiyah Riau.

Kesemua inisiatif ini memperlihatkan bahawa strategi penstrukturan UMKCEE yang saya kemukakan bukanlah ilusi atau mimpi kosong, tetapi usaha ini telah mula direalisasikan melalui tindakan konkrit, hasil diplomasi akademik, dan usaha padu pelbagai pihak yang percaya kepada nilai ilmu dan kerjasama rentas sempadan. Dengan langkah-langkah ini, UMK bukan sahaja memperluas akses ilmu ke peringkat serantau, tetapi juga menjana sumber pendapatan antarabangsa yang mampan.

Oleh itu, saya menyeru kepada semua warga UMK agar sentiasa menyokong dan menyumbang idea dalam memperkukuh tekad perwajahan baharu UMKCEE ini. Ini bukan agenda sebuah Pusat Tanggungjawab sahaja, tetapi agenda universiti secara menyeluruh yang akan meletakkan UMK di pentas kecemerlangan pendidikan luar seantero dunia.

Semoga UMK terus diberkati, dirahmati dan dihormati oleh masyarakat dan dunia keilmuan. Sekian, terima kasih.

Ikhlas daripada;

Arham Abdullah

Download File / URL

[thumbnail of BANNER LH#11.jpg] Image
BANNER LH#11.jpg

Download (336kB)
[thumbnail of LENTERA HIKMAH #11.pdf] Text
LENTERA HIKMAH #11.pdf

Download (121kB)

Additional Metadata

Item Type: Corporate Memory
Collection Type: Naib Canselor
Date: 11 May 2025
Subject Heading: Communication
Subject Heading: Top management
Subject Heading: Reflections
Subject Heading: Vice Chancellor
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/15219
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2