Digital Special Collection Portal

LENTERA HIKMAH NAIB CANSELOR#9: MAHASISWA UNGGUL : MENYEMAI AKAL BUDI, BERJIWA ULUL ALBAB


Citation

Arham Abdullah (2025) LENTERA HIKMAH NAIB CANSELOR#9: MAHASISWA UNGGUL : MENYEMAI AKAL BUDI, BERJIWA ULUL ALBAB. [Corporate Memory]

Abstract

MAHASISWA UNGGUL : MENYEMAI AKAL BUDI, BERJIWA ULUL ALBAB

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Malaysia MADANI, dan Salam UMK4U, 1 Hati 1 Jiwa kepada seluruh warga UMK yang saya kasihi sekalian.

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sentiasa berpegang pada prinsip bahawa pendidikan yang benar-benar bermakna adalah pendidikan yang mampu membentuk sahsiah, intelek dan spiritual mahasiswa secara menyeluruh atau disebut mahasiswa holistik. Pendekatan ini digariskan bagi memastikan pelajar UMK bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik mahupun kemahiran, tetapi juga memiliki kekuatan rohani dan nilai akhlak yang tinggi.

Sepertimana yang telah saya sebutkan dalam Lentera Hikmah #8 sebelum ini, saya akan memperincikan 14 langkah quick wins yang terkandung dalam UMK30 secara berperingkat setiap minggu melalui siri LenteraHikmah. Minggu ini, melalui Lentera Hikmah #9, saya ingin mengetengahkan Langkah Strategik #2 berkenaan dengan usaha menjadikan mahasiswa UMK bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga berkembang secara holistik.

Hasrat ini dimeterai dalam pelaksanaan UMK30 yang memberi tumpuan kepada kemenjadian pelajar secara seimbang, dengan menggabungkan ilmu dunia (Aqli) dan ilmu ukhrawi (Naqli). Pendekatan ini turut diterjemahkan melalui penubuhan Pusat Pengajian Asasi yang mengendalikan Program Asasi Teknologi Maklumat Huffaz di Kampus Jeli.

Program ini bakal menjadi pencetus transformasi dalam sistem pendidikan UMK, dengan memberi penekanan kepada keseimbangan antara penguasaan teknologi dan kekuatan spiritual. Saya yakin, melalui pendekatan ini, kita mampu melahirkan mahasiswa yang berpengetahuan luas, menguasai Al-Quran, Sunnah serta teknologi terkini, dan seterusnya bersedia memimpin perubahan. Ini adalah antara strategi “game changer” kepada pembentukan jati diri mahasiswa UMK agar tampil lebih unggul.

Sabda Rasulullah S.A.W.:

"Sebaik-baik kamu adalah mereka yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya." (Hadith Sahih Bukhari)

Konsep Ulul Albab akan menjadi asas kepada perubahan ini. Bermula dengan pelajar Program Asasi Teknologi atau Huffaz IT, konsep ini akan diperluas kepada semua mahasiswa UMK secara berperingkat tidak terkecuali kepada mahasiswa-mahasiswa yang lain.

Dalam membentuk mahasiswa unggul, pencapaian akademik bukan satu-satunya ukuran. Kemahiran insaniah (soft skill) seperti kepimpinan, komunikasi berhemah, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, keprihatinan terhadap isu sejagat serta keupayaan menyumbang kepada masyarakat turut menjadi keutamaan. Inilah antara elemen penting dalam membentuk akal budi mahasiswa holistik yang kita impikan. Saya juga berhasrat untuk memastikan semua pelajar UMK didedahkan dengan teknologi AI dan “Big Data Analytic” yang sebahagian daripadanya adalah elemen kemenjadian pelajar secara holistik.

Selaras dengan itu, segala program dan aktiviti yang dirancang perlu menerapkan nilai keilmuan, semangat kesukarelawanan serta memberi impak tinggi bagi melahirkan mahasiswa yang menzahirkan ciri-ciri Ulul Albab.

Komitmen ini akan terus dizahirkan melalui pelaksanaan inisiatif yang berteraskan pembangunan sahsiah, pengukuhan jati diri, serta pemerkasaan nilai keilmuan dan kepimpinan mahasiswa. Dengan sokongan semua pihak, saya percaya UMK mampu melahirkan barisan graduan yang bukan sahaja berilmu dan berakhlak, tetapi turut menjadi agen perubahan yang menyumbang secara signifikan kepada kemajuan negara dan kesejahteraan ummah. MADANI yang berdaya saing.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas daripada ;

Arham Abdullah

Download File / URL

[thumbnail of BANNER LH9 .jpeg] Image
BANNER LH9 .jpeg

Download (504kB)
[thumbnail of LENTERA HIKMAH #9.pdf] Text
LENTERA HIKMAH #9.pdf

Download (146kB)

Additional Metadata

Item Type: Corporate Memory
Collection Type: Naib Canselor
Date: 27 April 2025
Subject Heading: Communication
Subject Heading: Top management
Subject Heading: Reflections
Subject Heading: Vice Chancellor
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/15217
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2