Citation
Arham Abdullah (2025) Lentera Hikmah Naib Canselor #8: IKHTIAR30 : Menyalakan Obor Strategi UMK30. [Corporate Memory] |
Abstract
IKHTIAR30 : Menyalakan Obor Strategi UMK30 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Malaysia MADANI, dan Salam UMK4U, 1 Hati 1 Jiwa kepada seluruh warga UMK yang saya kasihi sekalian. Tahun 2025 UMK telah melangkah dengan tekad dan harapan baharu. Sepertimana yang saya sebut dalam Perutusan Naib Canselor yang lalu, kita akan melancarkan Pelan Strategik UMK 2025–2030, yang dikenali sebagai UMK30. Melalui pelan ini, kita tidak sekadar ingin berkembang malah kita berhasrat untuk melonjak lebih jauh dengan strategi yang tersusun dan berimpak tinggi. Justeru, kita telah mengenal pasti 14 langkah strategik awal (quick wins) yang menjadi penggerak kepada pelaksanaan UMK30. Salah satu inisiatif utama daripada langkah tersebut ialah Menyalakan Obor Strategi UMK30. Saya juga akan turut memperincikan setiap langkah dalam 14 langkah strategik ini dalam Lentera Hikmah secara berperingkat setiap minggu akan datang. Biarpun pelbagai pencapaian telah di raih, kejayaan demi kejayaan telah dicipta, kita tidak boleh berpuas hati dengan kedudukan UMK sekarang. Kita perlu bergerak dengan lebih pantas, fokus dan tersusun supaya UMK sentiasa berada di hadapan dan sentiasa bersedia menghadapi perubahan dan menyesuaikan diri dengan landskap pendidikan tinggi yang dinamik dan kompetitif. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hashr, Ayat 18 : Ayat ini mendorong umat Islam agar sentiasa merancang ke hadapan dan sentiasa membuat persiapan. Dalam konteks kerja, ia memberi isyarat betapa pentingnya perancangan strategik dan pengurusan masa. Maka, pasukan tugas khas dibentuk untuk membantu merangka tindakan dan memperkukuh pelaksanaan bagi memastikan setiap inisiatif strategik mampu memberi hasil yang signifikan. Pasukan ini dihimpunkan daripada kalangan pakar-pakar bidang berkaitan dasar-dasar pendidikan negara, pemimpin utama universiti dan pihak industri yang berpengalaman, progresif dan bersedia mencabar kelaziman dalam dunia Pendidikan tinggi ini. Pasukan ini turut bertanggungjawab menyelaras, mencetus solusi dan memantau tindakan strategik di bawah UMK30 bagi memastikan UMK tidak tersasar daripada objektif asal. Bagaikan seorang pelari yang membawa obor dan menyalakan sumbu dalam temasya sukan, itulah detik simbolik yang menandakan permulaan perjuangan, membangkitkan semangat dan membawa harapan. Begitu jugalah maknanya apabila obor UMK30 mula dinyalakan. Ia menandakan bermulanya langkah perjuangan warga UMK untuk bergerak dengan lebih berani, lebih tersusun dan lebih strategik ke arah masa depan yang lebih gemilang. Saya yakin, Pasukan Tugas Khas ini mampu menjadi penggerak kepada budaya kerja yang lebih progresif, responsif dan berorientasikan impak. Namun, pelaksanaan sebenar tidak boleh bergantung kepada satu pasukan sahaja. Ia menuntut sokongan dan penglibatan aktif daripada seluruh warga universiti. Saya juga ingin mengajak seluruh warga UMK untuk menyambut baik semangat obor UMK30 ini kerana UMK30 bukanlah tanggungjawab individu sahaja, tetapi amanah dan peranan setiap seluruh warga UMK samada di fakulti, pusat, jabatan mahupun di barisan hadapan universiti. Pastikan obor yang telah dinyalakan ini terus menyala, membakar semangat dan memberi arah dalam kita mencapai UMK30 dengan berkesan. Sekian, terima kasih. Ikhlas daripada ; Arham Abdullah |
Download File / URL
|
Additional Metadata
| Item Type: | Corporate Memory |
|---|---|
| Collection Type: | Naib Canselor |
| Date: | 20 April 2025 |
| Subject Heading: | Communication |
| Subject Heading: | Top management |
| Subject Heading: | Reflections |
| Subject Heading: | Vice Chancellor |
| Institution: | Universiti Malaysia Kelantan |
| URI: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/15175 |
| Statistic Details: | View Download Statistic |
