Citation
Arham Abdullah (2025) Lentera Hikmah Naib Canselor #4: Keberkatan dalam pekerjaan: makna di sebalik usaha. [Corporate Memory] |
Abstract
Keberkatan dalam Pekerjaan: Makna di Sebalik Usaha Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Malaysia MADANI dan Salam Cintaku 1 Hati 1 Jiwa buat seluruh warga UMK sekalian. Dalam kehidupan yang penuh cabaran ini, segala usaha yang kita lakukan ada nilainya tersendiri. Namun, yang lebih utama bukan hanya kejayaan yang dicapai, tetapi keberkatan yang mengiringi setiap tindakan kita. Keberkatan dalam pekerjaan bukan sekadar memperoleh gaji atau pengiktirafan, tetapi lebih kepada ketenangan jiwa, kemudahan dalam urusan, dan kepuasan bekerja yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Rasulullah SAW Bersabda : Hadis ini mengingatkan kita bahawa setiap pekerjaan yang dilakukan dengan penuh kejujuran dan kesungguhan akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Keberkatan hadir apabila kita bekerja bukan sekadar memenuhi rutin harian, tetapi kerana tanggungjawab dan niat yang ikhlas murni. Bagaimana ia dijelmakan? Ia terbit saat kita membantu rakan sekerja, mengangkat darjat institusi kita, menyebarkan kebaikan, serta menjaga integriti dalam tugas yang dipikul. Pekerjaan yang berkat akan memberi impak positif bukan sahaja kepada diri kita, malah kepada organisasi dan masyarakat. Marilah sama-sama kita menyemai nilai keberkatan dalam setiap pekerjaan. Hindari sikap mementingkan diri, jauhi ketidakjujuran, dan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik dalam setiap amanah yang dipikul. Insya-Allah, dengan budaya kerja yang penuh keberkatan ini, bukan sahaja kejayaan akan menjadi milik kita, tetapi juga kebahagiaan dan ketenangan dalam kehidupan kita berorganisasi. Di samping itu juga, untuk mendapatkan kemuliaan dan keberkatan berkekalan oleh-Nya, kita amat disaran untuk bersedekah, menginfak, dan mewakafkan tunai atau pun harta kita menerusi platform yang telah disediakan. Menerusi kaedah ini, kita bukan sahaja membantu individu lain mencapai kejayaan, tetapi juga memperoleh ganjaran berterusan di dunia dan akhirat. Ingatlah, sahabat sekalian, rakan sekerja adalah keluarga, tanggungjawab adalah amanah, penghasilan yang baik adalah keberkatan hidup, tiada apa lagi nikmat kebaikan antara kita yang perlu di dustakan. Pasakkan keramat ini, UMK4U : 1 Hati 1 Jiwa. Satukan hati-hati kami, satukan jiwa-jiwa kami, untuk sama-sama bawa nilai kebersamaan yang satu. Sekian, terima kasih. Ikhlas daripada ; Arham Abdullah |
Download File / URL
|
Additional Metadata
| Item Type: | Corporate Memory |
|---|---|
| Collection Type: | Naib Canselor |
| Date: | 23 March 2025 |
| Subject Heading: | Communication |
| Subject Heading: | Top management |
| Subject Heading: | Reflections |
| Subject Heading: | Vice Chancellor |
| Institution: | Universiti Malaysia Kelantan |
| URI: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/15171 |
| Statistic Details: | View Download Statistic |
