Citation
Arham Abdullah (2025) Lentera Hikmah Naib Canselor #2: Keikhlasan menuntun kecemerlangan. [Corporate Memory] |
Abstract
Keikhlasan Menuntun Kecemerlangan Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Malaysia MADANI dan Salam Kegemilangan UMK buat seluruh warga UMK sekalian. Cabaran bagi sebuah institusi yang bertanggungjawab adalah untuk mengekalkan keseimbangan agar perpaduan dalam kalangan warga kerja UMK mampu terus tumbuh subur dan mekar. Ini adalah amanah yang harus kita pikul bersama untuk terus membugar dan membajainya agar ia sentiasa subur demi mencapai kesempurnaan yang diharapkan dengan penuh keikhlasan. Suka untuk saya titipkan kata-kata buat seluruh warga kerja UMK bahawa ikhlas itu perlu ada dalam setiap apa yang kita kerjakan. Daripada Ikhlas itulah, kerja kita lebih berkualiti kerana kita lebih menjiwai dan menghayati setiap apa yang kita lakukan. Setiap individu yang menunaikan tugas dengan hati yang tulus dan ikhlas sudah pasti mengharapkan segala usaha dan amalannya diterima oleh Allah SWT sebagai ibadah yang penuh keberkatan. Keikhlasan inilah yang menjadi perisai daripada segala kebejatan, khianat, pilih kasih, hasad dengki, penindasan, rasuah, penipuan, serta penyalahgunaan kuasa. Bagi Muslim yang beriman pastinya mengetahui bahawa setiap tindak-tanduk dan kerja yang dilakukan di dunia ini akan dikira sebagai ibadah jika dikerjakan dengan ikhlas dan itqan. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Katakanlah, sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya)." (Surah al-An'am, ayat 162-163) Oleh yang demikian, besar harapan saya kepada seluruh warga kerja UMK, agar marilah sama-sama kita membina dan memperteguhkan legasi UMK Bersama ke arah kecemerlangan dengan hati yang luhur, kerana setiap langkah, usaha dan perbuatan yang kita laksanakan dengan keikhlasan akan membuahkan keberkatan yang tidak ternilai harganya apatah lagi ianya tidak dapat diukur dengan harta duniawi. Sekian, terima kasih. Ikhlas daripada ; Arham Abdullah |
Download File / URL
|
Additional Metadata
| Item Type: | Corporate Memory |
|---|---|
| Collection Type: | Naib Canselor |
| Date: | 9 March 2025 |
| Subject Heading: | Communication |
| Subject Heading: | Top management |
| Subject Heading: | Reflections |
| Subject Heading: | Vice Chancellor |
| Institution: | Universiti Malaysia Kelantan |
| URI: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/15102 |
| Statistic Details: | View Download Statistic |
