Digital Special Collection Portal

Lentera Hikmah Naib Canselor #1: Keharmonian dan kesejahteraan warga UMK: Memupuk ukhuwah, membina kegemilangan


Citation

Arham Abdullah (2025) Lentera Hikmah Naib Canselor #1: Keharmonian dan kesejahteraan warga UMK: Memupuk ukhuwah, membina kegemilangan. [Corporate Memory]

Abstract

Keharmonian dan Kesejahteraan Warga UMK : Memupuk Ukhuwah, Membina Kegemilangan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Malaysia MADANI dan Salam Kegemilangan UMK buat seluruh warga UMK sekalian.

Buat pengetahuan semua, saya akan menggunakan platform ini sebagai saluran komunikasi langsung saya selaku Naib Canselor untuk menyampaikan peringatan, renungan, refleksi serta perkara-perkara yang bersesuaian untuk dikongsikan kepada semua. Saluran komunikasi ini akan berterusan setiap minggu dan pada kali ini Lentera Hikmah Naib Canselor #1 yang ingin dikongsikan adalah perihal Keharmonian dan Kesejahteraan Warga UMK : Memupuk Ukhuwah, Membina Kegemilangan.

Antara kehilangan terbesar yang melanda umat akhir zaman pada hari ini ialah apabila adab dan akhlak tidak lagi menjadi pakaian serta perhiasan dalam kehidupan sesama insan. Perkara ini sentiasa diberi penekanan dalam segenap aspek kehidupan meliputi hubungan sesama manusia. Tuntutan sifat sopan atau bermoral terhadap warga UMK di tempat kerja adalah termasuk akhlak yang mulia.

Amalan memelihara hubungan baik sesama warga kerja walaupun berbeza pangkat, kedudukan, pandangan dan pemikiran akan melahirkan masyarakat yang saling menghormati antara satu sama lain. Teguran boleh disampaikan kepada sesiapa sahaja, namun percakapan kasar dan merendah-rendahkan orang lain hendaklah dijauhi sebaliknya menegur dengan perkataan yang sesuai dan sopan.

Menghormati maruah insan adalah suatu tuntutan yang perlu diamalkan namun perbuatan mengaibkan orang lain bukanlah menjadi sebahagian daripada adab dan akhlak yang sempurna. Sebaliknya perbuatan ini akan meninggalkan kesan moral dan gangguan psikologi yang mendalam.

Rasulullah SAW bersabda “Seseorang Muslim adalah bersaudara bagi Muslim lainnya. Dia tidak menzaliminya dan tidak menyerahkannya (kepada musuh). Barang siapa membantu saudaranya dalam keperluan, Allah akan membantu keperluan dirinya. Barang siapa menghilangkan kesulitan seorang Muslim, Allah akan menghilangkan salah satu kesulitannya pada hari kiamat. Dan barang siapa menutupi aib seseorang Muslim, Allah menutupi aibnya pada hari kiamat”. (HR. Bukhari & Muslim)

Hari ini merupakan hari pertama kita menyambut bulan Ramadan dan marilah sama-sama kita memperkukuhkan nilai-nilai murni, menyuburkan rasa kasih dan hormat antara satu sama lain serta terus membina UMK sebagai institusi yang harmoni, sejahtera dan penuh keberkatan.

Saya mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada seluruh warga UMK yang beragama Islam. Semoga segala amalan kita diterima, hati kita dipenuhi ketenangan, dan UMK terus teguh sebagai keluarga yang bersatu dalam keberkatan.

Ikhlas daripada ;

Arham Abdullah

Download File / URL

[thumbnail of BANNER LH#1.jpeg]
Preview
Image
BANNER LH#1.jpeg

Download (278kB) | Preview
[thumbnail of LENTERA HIKMAH #1.pdf] Text
LENTERA HIKMAH #1.pdf

Download (152kB)

Additional Metadata

Item Type: Corporate Memory
Collection Type: Naib Canselor
Date: 2 March 2025
Subject Heading: Communication
Subject Heading: Top management
Subject Heading: Reflections
Subject Heading: Vice Chancellor
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14952
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2