Citation
Kraftangan Malaysia (2021) Seni "Perahu Kolek" Kelantan. [Image] |
Abstract
Kesenian dan kerja tangan dalam budaya masyarakat Melayu di Pantai Timur sangat dikenali dan mempunyai keunikannya yang tersendiri. Ini dibuktikan dengan perahu kolek yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu yang akan dihiaskan dengan ukiran dan lukisan yang menarik. Anda boleh melihat perahu kolek ini di Pantai Sabak, Kelantan. Antara perhiasan yang digayakan pada perahu kolek adalah ukiran dan lukisan pada linggi, bangau, okok, caping, sangga tengah, sangga kemudi, cagak, koyang dan lukisan pada badan perahu. Komponen-komponen ini mempunyai fungsinyatersendiri dan dihasilkan dengan teliti dan berseni. "Bangau" berfungsi sebagai alat penyangga tiang layar dan panjang yang digunakan oleh nelayan untuk berlayar dan memasang pukat. "Okok" pula digunakan sebagai alat untuk menyangkut tali sauh. "Caping" yang terletak di tengah antara bangau dan okok berfungsi sebagai pemegang bangau-okok. Nelayan akan memasang bangau-okok pada bahagian hadapan caping apabila hendak turun ke laut. "Koyang" pula digunakan untuk menyangga dayung kemudi perahu. "Sangga" pula digunakan untuk menyangga galah panjang yang digunakan nelayan. Komponen-komponen ini diukir dan dilukis dengan pelbagai motif dan simbol tertentu yang mempunyai perkaitan dan kepercayaan masyarakat dahulu. Imej "naga" sangat ketara digunakan pada banyak komponen hiasan perahu di Kelantan. Imej naga banyak dijumpai pada bahagian linggi, bentuk bangau, motif ukiran pada bangau, okok dan lukisan pada badan perahu. Dalam masyarakat Melayu, simbol naga adalah sebagai penyelamat dan penjaga bumi. Naga juga dianggap sebagai penjaga keselamatan nelayan ketika berada di laut. Penggunaan imej naga ini banyak dijumpai pada ukiran bangau di mana ukiran imej naga ini digabungkan bersama motif tumbuh-tumbuhan. Selain itu, imej burung juga banyak digunakan di dalam lukisan motif perahu kolek di Kelantan. Kesenian yang dihasilkan dalam pertukangan perahu tradisional Melayu sangat mementingkan kepada tiga perkara utama iaitu fungsi, estetika dan etika. Oleh itu hasil seni lukisan yang ditonjolkan pada perahu kolek ini akan menjadi sangat menarik kerana dipenuhi dengan pelbagai motif dan warna yang menarik. Seni pertukangan, lukisan dan motif ini harus diperturunkan ke generasi muda berikutnya supaya ianya tidak akan pupus di telan zaman. |
Download File / URL
Official URL: https://www.facebook.com/share/p/18MZK34KVq/
|
Additional Metadata
Item Type: | Image |
---|---|
Collection Type: | Kelantan |
Date: | 29 December 2021 |
Subject Heading: | perahu kolek |
Subject Heading: | heritage |
URI: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14703 |
Statistic Details: | View Download Statistic |