Digital Special Collection Portal

Faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran bertutur pelajar di Universiti Prince of Songkla


Citation

براسيرت بان بري (2023) Faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran bertutur pelajar di Universiti Prince of Songkla. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Kajian ini bertajuk “Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kemahiran Bercakap Pelajar di Universiti Prince of Songkla”. Menyedari kepentingan kemahiran bertutur dan keupayaan untuk berkomunikasi dalam kehidupan seharian, serta kepentingan mengenal pasti faktor-faktor yang membantu dalam penggunaan struktur bahasa yang betul apabila bertutur dalam bahasa Arab, dan kelemahan pelajar dalam menguasai kemahiran bertutur di Universiti Prince of Songkla, kajian yang dijalankan ini menfokuskan kepada pelajar di Jabatan Bahasa Arab, Fakulti Kemanusiaan dan Sains Sosial dan pelajar Program Antarabangsa, Fakulti Sains Islam. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran bertutur pelajar dan untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi keupayaan mereka untuk menguasai kemahiran bertutur. Kajian ini menggunakan analisis deskriptif sebagai metodologi kajian yang memperihalkan dan menganalisis data yang relevan. Data diperoleh daripada borang kaji selidik yang diedarkan dan seterusnya dianalisis menggunakan program SPSS versi 23 dengan pemilihan rambang. Pensampelan ini terdiri daripada 200 pelajar lelaki dan perempuan, serta bilangan sampel yang ditemu bual ialah 82 pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Kajian ini menghasilkan dapatan berikut; pelajar pada tahap ketiga dan keempat adalah sangat lemah dalam kemahiran bertutur berbanding dengan pelajar pada tahap pertama dan kedua, yang berada pada tahap baik. Faktor yang paling penting dalam mempengaruhi keupayaan pelajar untuk mendapatkan kemahiran bertutur ialah faktor guru yang mencatatkan peratus yang tertinggi untuk min aritmetik (3.74), diikuti oleh peranan Jabatan Bahasa Arab, kemudian faktor persekitaran dan faktor pelajar itu sendiri. Memberikan peluang kepada pelajar untuk bertutur dalam item guru menunjukkan peratus yang tinggi (3.91). Dapatan kajian ini akan memberi manfaat kepada pengajaran Bahasa Arab sebagai bahasa kedua secara amnya dan lebih spesifiknya kepada pengajaran Bahasa Arab di Universiti Prince of Songkla, Kampus Pattani. Kajian ini mencadangkan kursus bahasa yang intensif, latihan, serta kem untuk meningkatkan kemahiran bertutur oral dalam kalangan pelajar untuk meningkatkan keyakinan dalam diri mereka semasa berpidato dan juga menjadikan proses pembelajaran kepada penutur bukan asli bahasa Arab lebih mudah.

Download File / URL

[thumbnail of بحث العوامل المؤثرة في مهارة الكلام لدى طلاب جامعة الأمير سوكلا - معدلة (291123).pdf] Text
بحث العوامل المؤثرة في مهارة الكلام لدى طلاب جامعة الأمير سوكلا - معدلة (291123).pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Date: 2023
Number of Pages: 203
Research Type: Quantitative
Programme: Doctor of Philosophy
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14565
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2