Digital Special Collection Portal

Citra wanita dalam novel Hatimu Aisyah: satu pembacaan ginokritik


Citation

Nur Zalikha Mat Radzi (2023) Citra wanita dalam novel Hatimu Aisyah: satu pembacaan ginokritik. Masters thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Kajian ini membincangkan citra wanita dalam penelitian novel yang berjudul Hatimu Aisyah karya Zurinah Hassan (1991). Isu-isu berkaitan wanita yang dibangkitkan untuk kepentingan wanita seperti diperjuangkan oleh Tribunal Wanita Malaysia yang menyuarakan isu diskriminasi penindasan wanita iaitu pembahagian tidak sekata, akses kepada keadilan, kebebasan bersuara dan sebagainya terbitan Berita Harian pada 4 Disember 2021. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat watak wanita, gaya bahasa (kepengarangan), dan isu-isu yang dibangkitkan dalam novel Hatimu Aisyah menerusi pembacaan ginokritik cetusan pelopor bernama Elaine Showalter (1979) yang bersesuaian dengan konteks sosiobudaya masyarakat di Malaysia. Kaedah kualitatif telah digunakan untuk menganalisis teks dokumen kajian ini. Analisis kajian mendapati kaedah pembacaan ginokritik adalah bersesuaian dengan perbincangan dalam novel Hatimu Aisyah. Pengarang meluahkan keinginan, pengharapan, dan penentangan sebagai seorang wanita menerusi watak-watak wanita yang dicipta berdasarkan imaginasi pengarang itu sendiri. Hasil perbincangan keempat-empat model Elaine Showalter terdapat 18 peristiwa yang menunjukkan penentangan manakala 17 peristiwa lain yang dapat dijadikan pengajaran. Walau bagaimanapun, model-model pembacaan ini terbatas mengikut konteks sosiobudaya di Malaysia.

Download File / URL

[thumbnail of NUR ZALIKHA BINTI MAT RADZI.pdf] Text
NUR ZALIKHA BINTI MAT RADZI.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Date: 2023
Subject Heading: Women in literature - History and criticism
Subject Heading: Malay literature - History and criticism
Number of Pages: 123
Call Number: PN56.5.W64 N87 2023 tes
Research Type: Qualitative
Supervisor: Dr.Nasirin Abdillah
Programme: Master of Arts
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14550
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2