Digital Special Collection Portal

Penggunaan khidmat nasihat perniagaan daripada Akauntan Praktis Awam dalam kalangan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana di Malaysia


Citation

Emy Filzah Zulkifli (2023) Penggunaan khidmat nasihat perniagaan daripada Akauntan Praktis Awam dalam kalangan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana di Malaysia. Masters thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Akauntan Praktis Awam (APA) memainkan peranan penting sebagai penasihat perniagaan dalam menyokong Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk mengekalkan prestasi perniagaan. Penggunaan khidmat nasihat perniagaan dikenal pasti sebagai salah satu amalan bagi mengurangkan kos, meningkatkan kecekapan, mendapatkan kepakaran dan mengekalkan kelebihan daya saing dalam kalangan PKS. Kajian terdahulu telah membuktikan bahawa penggunaan khidmat nasihat perniagaan daripada APA masih lagi rendah dan tidak digunakan secara optimum oleh usahawan PKS. Oleh itu, kajian ini mengenal pasti enam konstruk baharu yang belum pernah diuji dalam kajian lepas iaitu tanggapan manfaat, kesedaran, pengaruh rakan usahawan, sokongan persatuan usahawan, kos caj profesional dan keinginan untuk berkembang terhadap penggunaan khidmat nasihat perniagaan daripada APA. Kerangka kerja teori kajian ini adalah bersandarkan Teori Gelagat Terancang (TPB) sebagai teori asas dan disokong oleh Model Teori Gelagat Terancang Diurai (DTPB). Kajian ini telah dijalankan di Pantai Timur Malaysia yang meliputi kawasan Kelantan, Terengganu dan Pahang. Kaedah kuantitatif dan tinjauan soal selidik telah digunakan dalam kajian ini. Sebanyak 438 usahawan PKS telah dipilih secara rawak dan borang soal selidik telah dihantar melalui e-mel, perkhidmatan WhatsApp, Telegram dan juga Facebook. Sejumlah 115 maklum balas dikembalikan dan boleh digunakan untuk analisis terakhir menggunakan perisian Structural Equation Model Partial Least Square (SEM-PLS) versi 3.0 dan SPSS versi 26. Dapatan kajian menunjukkan hanya satu konstruk iaitu tanggapan manfaat mempunyai hubungan positif dan signifikan dengan niat-gelagat penggunaan khidmat nasihat perniagaan daripada APA. Walau bagaimanapun, lima konstruk lain tidak mempengaruhi secara signifikan niat-gelagat usahawan PKS. Kesimpulannya, dapatan kajian ini boleh membantu badan profesional perakaunan, agensi kerajaan dan ahli akademik untuk memahami fenomena yang berlaku untuk dijadikan sebagai garis panduan bagi meningkatkan prestasi PKS. Hal ini penting bagi meluaskan penglibatan PKS dalam menggunakan khidmat nasihat perniagaan daripada APA seterusnya menjamin kelestarian operasi perniagaan PKS.

Download File / URL

[thumbnail of EMY FILZAH BINTI ZULKIFLI.pdf] Text
EMY FILZAH BINTI ZULKIFLI.pdf

Download (3MB)
[thumbnail of EMY FILZAH BINTI ZULKIFLI.pdf] Text
EMY FILZAH BINTI ZULKIFLI.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Date: 2023
Subject Heading: Business consultants
Subject Heading: Accountants - Public relations
Subject Heading: Small business
Number of Pages: 174
Call Number: HD69.C6 E49 2023 tes
Research Type: Quantitative
Supervisor: Prof. Dr. Mohd Nor Hakimin Yusoff
Programme: Master of Entrepreneurship
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Entrepreneurship and Business
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14545
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2