Digital Special Collection Portal

Tahap amalan pengajaran iqra' guru pendidikan islam pendidikan khas pendengaran


Citation

Hifzan Mat Hussin (2023) Tahap amalan pengajaran iqra' guru pendidikan islam pendidikan khas pendengaran. Masters thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Data e-pelaporan j-QAF pada setiap tahun menunjukkan tahap bacaan iqra' dalam kalangan murid pendidikan khas tidak menunjukkan peningkatan yang ketara, walaupun program tersebut telah dilaksanakan lebih 10 tahun. Terdapat banyak kajian lepas yang telah dijalankan berkaitan dengan amalan pengajaran guru, namun amalan pengajaran guru Pendidikan Islam yang berkaitan dengan pengajaran iqra' pendidikan khas kurang dijalankan, terutamanya bagi murid bermasalah pendengaran. Oleh itu, kajian ini bertujuan meneroka amalan pengajaran guru Pendidikan Islam Pendidikan Khas (GPIPK) dalam pengajaran iqra' kepada murid berkeperluan khas bermasalah pendengaran di Kelantan. Kajian ini memilih kaedah kajian kualitatif secara kajian kes dan pensampelan secara bertujuan melibatkan tujuh orang peserta sebagai informan daripada tiga buah sekolah di Kelantan. Secara keseluruhan dapatan kajian telah menemui lapan tema utama bagi menjawab tiga persoalan kajian. Tema-tema tersebut adalah pengetahuan permulaan pengajaran, pengetahuan perkembangan pengajaran, pengetahuan penutup pengajaran, kemahiran sebelum pengajaran, kemahiran semasa pengajaran, kemahiran selepas pengajaran, cabaran dalaman dan cabaran luaran. Kajian ini memberi manfaat kepada GPIPK, pihak pentadbir, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Bahagian Pendidikan Khas dan Bahagian Pendidikan Islam dalam usaha menambah baik pengajaran GPIPK serta sebagai sumber rujukan bagi cadangan kajian masa depan.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Date: 2023
Subject Heading: Education, Elementary
Subject Heading: Students with disabilities - Education
Subject Heading: Hearing impaired students
Subject Heading: Islam - Study and teaching (Elementary)
Number of Pages: 245
Call Number: LB1025 .H54 2023 tes
Research Type: Qualitative
Supervisor: Prof. Madya Dr. Kamarulzaman Abdul Ghani
Programme: Master of Arts
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14535
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2