Digital Special Collection Portal

Amalan nilai islam dan kejayaan perusahaan kecil dan sederhana di Kelantan dan Selangor


Citation

Suhaila Bt Abdul Kadir (2012) Amalan nilai islam dan kejayaan perusahaan kecil dan sederhana di Kelantan dan Selangor. Doctoral thesis, Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Abstract

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memainkan peranan penting dalam membantu perkembangan ekonomi negara. Justeru, semakin ramai usahawan yang menjadikan bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan utama mereka. Maka, tidak hairan ramai usahawan yang berlumba-lumba mengejar keuntungan sehingga ada diantara mereka yang meminggirkan nilai-nilai agama semata-mata untuk mencapai kejayaan masing-masing. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara ciri-ciri keusahawanan (ciri usahawan, tingkah laku, kemahiran dan efikasi kendiri) terhadap kejayaan PKS. Selain itu, kajian juga membuat analisis hubungan antara nilai Islam dan kejayaan PKS. Di samping itu, nilai Islam sebagai moderator perhubungan antara ciri-ciri keusahawanan (ciri usahawan, tingkah laku, kemahiran dan efikasi kendiri) dan kejayaan juga dikaji. Berdasarkan analisis regresi berganda, dapatan kajian menunjukkan kemahiran dan efikasi kendiri mempunyai pengaruh positif dan signifikan ke atas kejayaan PKS. Manakala tingkah laku mempunyai pengaruh signifikan dan negatif. Namun begitu, ciri usahawan tidak mempengaruhi kejayaan PKS. Faktor saiz perusahaan menunjukkan pengaruh positif dan signifikan, Jenis industri dan tahap pendidikan pula tidak mempengaruhi kejayaan PKS. Manakala usia perusahaan pula menunjukkan dapatan yang signifikan dan negatif. Penemuan kajian juga menunjukkan nilai Islam merupakan moderator perhubungan antara efikasi kendiri, kemahiran dan ciri keusahawan ke atas kejayaan. Namun sebaliknya tidak berlaku kepada tingkah laku usahawan. Analisis kajian ini berjaya membuktikan bahawa nilai Islam merupakan faktor penting dalam mempengaruhi kejayaan PKS. Penemuan kajian ini mencadangkan beberapa usaha dalam melahirkan usahawan yang dapat memahami, menerima dan mempraktikkan amalan nilai Islam dalam urusan perniagaan mereka. Justeru, usahawan perlu mengasuh diri mereka supaya menjadi lebih jujur, beristiqamah serta tidak terlibat dalam perniagaan yang ditegah oleh syarak dan undang-undang. Di samping itu, semua pihak termasuk pihak kerajaan mahupun swasta perlu memainkan peranan masing-masing dalam mengembleng tenaga untuk memastikan bidang perusahaan kecil dan sederhana ini mampu berdaya saing dengan dunia luar. Untuk kajian pada masa hadapan diharapkan pengkaji dapat memasukkan faktor-faktor lain yang mungkin dapat mempengaruhi kejayaan PKS yang tidak disentuh dalam kajian ini. Selain itu, kajian ini hanya memfokus kepada amalan yang terdapat pada agama Islam sahaja, bagi kajian pada masa akan datang diharap dapat meneroka lebih banyak lagi nilai agama yang terdapat dalam pada agama-agama lain yang mungkin menyumbang kepada kejayaan PKS.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Date: 2012
Subject Heading: Small business-Kelantan
Number of Pages: 347
Call Number: HD2341|b.S84 2012
Research Type: Quantitative
Programme: Doctor of Philosophy
Institution: Universiti Malaya Kuala Lumpur
Faculty/Centre/Office: The Office of Library and Knowledge Management
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14515
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2