Digital Special Collection Portal

Pelaburan swasta domestik dan pelabuhan Adam di Malaysia.


Citation

Sallahuddin Hassan (2010) Pelaburan swasta domestik dan pelabuhan Adam di Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Malaya.

Abstract

Pandangan Neoklasikal menyatakan bahawa wujud hubungan penggenap atau pengganti antara pelaburan awam dan pelaburan swasta. Salah satu saluran yang menerangkan hubungan antara pelaburan swasta dan pelaburan awam ialah hipotesis modal awam (HMA) yang mana dipelopori oleh Aschaeur. HMA menjelaskan wujud hubungan penggenap antara pelaburan swasta domestik dan pelaburan awam. Walau bagaimanapun, hipotesis ini masih lagi menjadi kontroversi kerana tiada konsensus pendapat khususnya dari segi bukti empirik. Oleh itu, objektif umum kajian ini adalah untuk menjalankan analisis makro hubungan pelaburan swasta domestik dan pelaburan awam di Malaysia dengan menggunakan pendekatan analisis panel siri-masa agregat, analisis siri-masa tidak agregat dan analisis panel siri-masa. Dalam kajian ini, kepentingan prestasi ekonomi dan polisi penswastaan dalam hubungan antara pelaburan swasta domestik dan pelaburan awam dikaji dengan memasukkan pembolehubah interaksi antara pelaburan awam dengan prestasi ekonomi antara pelaburan awam dengan polisi penswastaan.
Analisis siri-masa melibatkan ujian punca unit, analisis hubungan jangka panjang dan jangka pendek antara pelaburan swasta domestik dan pelaburan awam dengan menggunakan pendekatan autoregresif lat tertabur (autoregressive distributed lag - ARDL) dan analisis dinamik jangka pendek dengan menggunakan pendekatan vektor autoregressive (VAR). Analisis panel siri-masa melibatkan ujian punca unit panel, analisis kointegrasi panel dan penganggaran hubungan jangka panjang dengan menggunakan kaedah modifikasi penuh kuasadua terkecil biasa (FMOLS).
Analisis siri-masa agregat, analisi siri-masa tidak agregat dan analisis panel masing-masing menggunakan data bagi tempoh 1962-2006, 1967-2006, dan 1976-2005. Analisis siri-masa agregat menggunakan data pembentukan modal swasta dan awam. Sementara itu, analisis siri-masa tidak agregat tertumpu kepada data bagi enam kategori perbelanjaan pembangunan bagi mewakili pelaburan awam iaitu perbelanjaan pembangunan untuk pertanian dan pembangunan luar bandar, perdadangan dan perindustrian, pengangkutan dan perhubungan, pendidikan dan latihan, kesihatan dan kemudahan awam. Analisis panel siri-masa pula melibatkan data perbelanjaan modal swasta dan awam dalam empat sektor dipilih iaitu sektor pertanian, perindustrian, perdagangan, perhubungan dan komunikasi, dan pembinaan.
Dapatan kajian adalah tidak konklusif. Keputusan analisis siri-masa agregat samada dalam jangka panjang atau jangka pendek tidak menyokong HMA kerana keputusan kajian menunjukkan pelaburan awam menjadi pengganti kepada pelaburan swasta domestik. Manakala keputusan analisis siri-masa tidak agregat jangka panjang, kesemua perbelanjaan pembangunan ekonomi dan sosial, kecuali perbelanjaan sosial untuk kesihatan, menyokong HMA kerana keputusan menunjukkan wujud hubungan penggenap pelaburan awam dan pelaburan swasta domestik. Keputusan analisis siri-masa tidak agregat jangka pendek pula menunjukkan hanya perbelanjaan pembangunan untuk pertanian dan kesihatan dan masing-masing adalah bersifat pengganti dan neutral kepada pelaburan swasta domestik. Dalam korteks analisis panel siri-masa, keputusan analisis jangka panjang menunjukkan perbelanjaan modal awam adalah penggenap kepada perbelanjaan modal swasta domestik dalam semua sektor kecuali sektor pertanian, Kesimpulannya, keputusan analisis siri-masa tidak agregat dan analisis panel membuktikan kebenaran HMA dan telah menunjukkan wujud rasional yang kat bahawa pelaburan awam adalah penting untuk merangsang pelaburan swasta domestik.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Date: 2010
Subject Heading: Harbors-Malaysia
Number of Pages: 282
Call Number: HE551 .S25 2010 tes
Research Type: Quantitative
Programme: Doctor of Philosophy
Institution: Universiti Malaya
Faculty/Centre/Office: The Office of Library and Knowledge Management
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14512
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2