Perusahaan batik merupakan perusahaan tradisional atau 'Cottage Industri'. Ianya amat terkenal terutamanya di kawasan Pantai Timur, khususnya Kelantan sejak berzaman lagi dan diwariskan kepada generasi sekarang sehingga kilang-kilang batik tumbuh bagai cendawan di setiap pelusuk negeri Kelantan. Dalam mengkaji perkembangan industri batik ini, seramai 20 orang pengusaha perusahaan batik ini telah meningkatkan ekonomi penduduk dengan adanya peluang-peluang pekerjaan kepada belia-belia. Namun begitu, perusahaan ini menghadapi banyak masalah terutamanya masalah kejatuhan harga yang kian meruncing dan masalah kemunculan batik tiruan di pasaran tempatan. Oleh itu, perlunya langkah-langkah yang positif dari pihak-pihak tertentu seperti pihak kerajaan dan juga pembaharuan perlu dibuat agar perusahaan ini terus maju di masa hadapan.