Digital Special Collection Portal

Daya saing di kalangan industri pemprosesan makanan halal bersaiz kecil dan sederhana Malaysia.


Citation

Mohd Ali (2011) Daya saing di kalangan industri pemprosesan makanan halal bersaiz kecil dan sederhana Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Abstract

Malaysia telah berhasrat menjadi hab makanan halal dunia yang berdaya saing seperti yang termaktub dalam Pelan Induk Perindustrian Ketiga (2006-2020). Bagi merealisasikan hasrat murni ini, Perbadanan Pembangunan Halal (HDC) menyarankan agar industri makanan halal negara mempunyai sekurang-kurangnya 10,000 firma IKS makanan halal yang berdaya saing dan berpasaran antarabangsa. Namun kajian literatur menunjukkan belum ada usaha dijalankan untuk mengetahui tahap dan kedudukan sebenar industri makanan halal negara yang berdaya saing sama ada di peringkat nasional mahu pun antarabangsa. Apakah cabaran utama daya saing dari sudut pasaran dan apakah model daya saing yang sesuai untuk mewakili industri makanan halal negara. Justeru, sebanyak 295 sampel firma IKS pemprosesan makanan halal dikutip mewakili pelbagai industri makanan halal negara. Pada peringkat awal, kajian akan menentukan hierarki cabaran daya saing pasaran kepada setiap industri halal menggunakan kaedah matriks berkuasa tinggi AHP (Analytical Hierarchy Process). Selanjutnya untuk pengukuran tahap daya saing pelbagai industri halal, pegiraan kecekapan relatif dan syer pasaran dilakukan berpandukan model daya saing Porter dan RBV(Resource Based View) yang diselaraskan. Purata kecekapan dan syer pasaran eksport pelbagai industri halal diukur dengan mempuratakan nilai DEA (Data Envelopment Analysis) dan RCA(Revealed Comparative Advantage) firma-firma dalam industri tertentu. Dapatan kajian menunjukkan cabaran daripada produk pengganti merupakan cabaran utama industri makanan halal negara berbanding cabaran-cabaran yang lain. Manakala industri halal yang paling berdaya saing diterajui oleh industri hasil daging halal diikuti oleh industri kordial dan jus, hasil tenusu, hasil tumbuhan dan hasil bijirin.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Date: September 2011
Subject Heading: Food-Malaysia
Number of Pages: 148
Call Number: TX353 .M64 2011 tes
Research Type: Qualitative
Programme: Doctor of Philosophy
Institution: Universiti Malaya Kuala Lumpur
Faculty/Centre/Office: The Office of Library and Knowledge Management
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14507
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2