Digital Special Collection Portal

Unsur-Unsur Konflik Yang Terdapat Dalam Novel Ayahanda Berdasarkan Teori Sosiologi


Citation

Zalikha Najwa Zahari (2024) Unsur-Unsur Konflik Yang Terdapat Dalam Novel Ayahanda Berdasarkan Teori Sosiologi. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Permasalahan yang wujud dalam kalangan masyarakat terutama remaja dapat memberi kesan negatif ke dalam kehidupan mereka. Hal ini demikian kerana remaja mudah terpengaruh akan sesuatu benda dan mencuba perkara yang tidak sepatutnya mereka lakukan di alam remaja mereka. Terdapat tiga objektif yang digunakan bagi melengkapkan kajian ini iaitu mengenalpasti unsur-unsur konflik yang terdapat di dalam novel Ayahanda, menganalisis unsur-unsur konflik yang terdapat dalam novel Ayahanda menggunakan teori sosiologi dan menganalisis kepentingan unsur-unsur konflik dalam novel Ayahanda. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang menggunakan kepustakaan dan juga analisis teks dalam memperoleh hasil dapatan yang ingin dicapai dalam kajian ini. Antara hasil dapatan yang diperoleh melalui kajian ini ialah konflik dalaman, konflik antara kumpulan (intragroup), konflik hubungan dan juga konflik sosial bagi melengkapkan kajian yang dijalankan. Konflik merupakan suatu perkara yang sering dipandang negatif ia sering melibatkan situasi yang kurang nyaman yang melibatkan pertentangan idea atau pendapat. Namun begitu konflik tidak boleh dipandang dengan remeh kerana ia merupakan isu yang penting untuk diselesaikan yang dapat ditangani sebelum berlaku perkara yang tidak diingini.
Kata kunci : Novel, Unsur, Konflik, Sosiologi.

Download File / URL

[thumbnail of ZALIKHA NAJWA BINTI ZAHARI C20A1512.pdf] Text
ZALIKHA NAJWA BINTI ZAHARI C20A1512.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2024
Number of Pages: 103
Supervisor: Dr. Afidatul Syazwani Afandi
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14489
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2