Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mendalami proses mengadaptasi novel kepada drama dalam karya Ayahanda. Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk menganalisis perubahan dalam naratif yang berlaku apabila pengarah mengadaptasi novel menjadi produksi dramatik. Kajian ini difokuskan kepada adaptasi teks Ayahanda kepada drama Ayahanda. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji perbandingan unsur naratif dalam novel dan drama Ayahanda. Selain itu,menganalisis perkaitan unusr naratif dalam novel dan drama Ayahanda dengan teori Adaptasi. Seterusnya, mendeskripsi kepentingan hubungan antara genre novel dan drama Ayahanda dalam konteks kontemporari. Untuk mengumpul data, kaedah kajian kualitatif digunakan, termasuk kajian perpustakaan, analisis laman web, dan pemerhatian adaptasi drama. Kaedah analisis teks kemudiannya digunakan untuk menganalisis data yang dikumpul. Bagi mengukuhkan dapatan kajian, pengkaji mengaplikasikan Teori Adaptasi Linda Hucheon. Akhirnya, dapatan kajian ini mendedahkan bahawa adaptasi novel Ayahanda ke dalam drama berjaya mendedahkan karya sastera ini kepada masyarakat luas.
Kata Kunci : Novel, Drama, Unsur Naratif, Teori Adaptasi Linda Hutcheon, Novel dan Drama Ayahanda