Digital Special Collection Portal

Genius Masyarakat Dalam Penciptaan Teka-Teki Menggunakan Teori Puitika: Kajian Pantun Pak Nazel Berirama Dengan Teka-Teki


Citation

Nurzahila Abu Bakar (2024) Genius Masyarakat Dalam Penciptaan Teka-Teki Menggunakan Teori Puitika: Kajian Pantun Pak Nazel Berirama Dengan Teka-Teki. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk merungkai kegeniusan masyarakat Melayu dalam penghasilan pantun teka-teki. Pengkaji memilih untuk melaksanakan kajian ini kerana banyak kajian yang dilakukan hanya tertumpu pada pantun semata-mata, kali ini pengkaji akan lebih memfokuskan kepada pantun yang mempunyai teka-teki dalamnya. Masyarakat kini juga kurang didedahkan kepada pantun, terutamanya pantun teka-teki yang sarat akan ilmu pengetahuan dan pengajaran yang boleh diambil oleh pembaca. Di samping itu, analisis ini bertujuan mengenal pasti konsep genius dalam Teori Puitika Sastera Melayu serta menghuraikan aspek kebijaksanaan dalam masyarakat Melayu dalam mencipta pantun teka-teki melalui Konsep Perkataan yang Indah-indah berdasarkan teori yang dipelopori oleh Muhammad Haji Salleh. Analisis ini menggunakan kaedah pengumpulan data secara kualitatif iaitu menerusi kaedah dokumentasi, kepustakaan, sumber-sumber yang sahih yang membantu pengkaji menelaah. Berdasarkan analisis yang dilaksanakan, kegeniusan seseorang itu diukur berdasarkan pemilihan setiap perkataan yang mampu memberikan makna yang mendalam dan ianya dapat dibuktikan berdasarkan aspek kebijaksanaan yang menggunakan Konsep Perkataan yang Indah-indah oleh Muhammad Haji Salleh. Pengkaji berharap agar pantun teka-teki ini masih dikekalkan dari zaman ke zaman kerana mempunyai nilai estetikanya yang memberikan manfaat kepada khalayak umum.
Kata Kunci: Genius, Masyarakat Melayu, Muhammad Haji Salleh, Pantun Teka-Teki, Teori Puitika Sastera Melayu.

Download File / URL

[thumbnail of TESIS NURZAHILA C20A1382.pdf] Text
TESIS NURZAHILA C20A1382.pdf

Download (1MB)
[thumbnail of TESIS NURZAHILA C20A1382.pdf] Text
TESIS NURZAHILA C20A1382.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2024
Number of Pages: 127
Supervisor: Dr. Nordiana Ab Jabar
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14484
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2