Digital Special Collection Portal

Analisis Lagu-Lagu Rakyat Melayu Sebagai Satu Medium Tarikan Pelancongan Menggunaka Teori Sastera Budaya


Citation

Nurul Syuhada Mohd Sharol (2024) Analisis Lagu-Lagu Rakyat Melayu Sebagai Satu Medium Tarikan Pelancongan Menggunaka Teori Sastera Budaya. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis berkenaan kebolehan lagu-lagu rakyat Melayu yang terdapat di Malaysia dalam menjadikannya sebagai satu medium tarikan pelancongan. Pengkaji memilih untuk menjalankan kajian ini kerana kurangnya pengetahuan masyarakat di Malaysia berkenaan lagu-lagu rakyat yang terdapat di negara ini. Masyarakat juga belum pernah menggunakan alternatif lagu rakyat sebagai satu medium tarikan pelancongan ke negara ini kerana ketidak yakinan terhadap kebolehan lagu-lagu rakyat Melayu dalam menarik perhatian dan minat pelancong. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dengan lebih mendalam berkenaan lagu-lagu rakyat terpilih iaitu sebanyak 26 buah lagu rakyat yang terdapat di Malaysia, sekaligus menganalisis nilai-nilai pelancongan yang terdapat di dalam lirik-lirik lagu terpilih menggunakan teori Sastera Budaya gagasan Chris Baker yang telah diolah oleh Mana Sikana. Kajian ini juga menggunakan kaedah soal selidik bagi menilai sejauh mana lirik lagu memberikan tarikan kepada masyarakat dan pelancong. Bagi menyempurnakan kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah pengumpulan data secara kualitatif dan kuantitatif iaitu menerusi kaedah kepustakaan, analisis dokumen, analisis teks dan juga soal selidik yang dijalankan oleh 72 orang responden. Menerusi soal selidik tersebut, di akhir kajian ini pengkaji mendapati bahawa kesemua responden memiliki pengetahuan tentang lagu-lagu rakyat di Malaysia dan seramai 67 orang responden bersetuju bahawa lagu-lagu rakyat dapat dijadikan medium tarikan pelancongan di Malaysia. Pengkaji berharap agar menerusi kajian ini dapat membuka mata masyarakat bahawa lagu-lagu rakyat di Malaysia mempunyai nilai yang amat tinggi dan bukanlah sekadar lagu semata-mata.
Kata kunci: Kaedah Kepustakaan, Lagu Rakyat Melayu, Pelancongan, Soal Selidik, Teori Sastera Budaya.

Download File / URL

[thumbnail of TESIS NURUL SYUHADA BINTI MOHD SHAROL C20B1372.pdf] Text
TESIS NURUL SYUHADA BINTI MOHD SHAROL C20B1372.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2024
Number of Pages: 159
Supervisor: Dr. Nordiana Ab Jabar
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14483
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2