Digital Special Collection Portal

Analisis Nilai Dasar Kebudayaan Negara Diterapkan Dalam Nazam Warisan


Citation

Nur Aqilah Marudin (2024) Analisis Nilai Dasar Kebudayaan Negara Diterapkan Dalam Nazam Warisan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Nazam merupakan puisi lama yang berasal daripada puisi Arab yang telah wujud pada 100 tahun dahulu. Nazam merupakan gubahan puisi seperti sajak dan syair. Menurut Kamus Attulab Arab Melayu (1994), nazam membawa maksud merangkai, mengarang, menyusun dan mengatur. Puisi Nazam berasal daripada Kesusasteraan Arab-Parsi. Nazam ini telah dibawa oleh alim ulama yang menyebarkan agama Islam di alam Melayu. Dasar Kebudayaan Negara yang telah diwujudkan pada tahun 2021 adalah usaha bagi menjulang serta memartabatkan seni, budaya dan warisan negara dan harus dipelihara. Menerusi DAKEN ia mempunyai beberapa teras utama antaranya yang difokuskan adalah teras nilai budaya tinggi yang ingin diterapkan dalam masyarakat. Nilai yang membawa maksud darjat, kualiti,mutu atau taraf adalah perkara yang sentiasa dipandang tinggi dalam masyarakat dalam membentuk pembangunan kemajuan negara.
Kata Kunci : Nazam, Dasar Kebudayaan Negara, nilai

Download File / URL

[thumbnail of TESIS NUR AQILAH BINTI MARUDIN (C20A1331).pdf] Text
TESIS NUR AQILAH BINTI MARUDIN (C20A1331).pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2024
Number of Pages: 68
Supervisor: Dr.Nordiana Ab Jabar
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14470
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2