merupakan satu proses penyesuaian sesuatu karya dengan keadaan berbeza daripada sebelumnya. Dalam konteks kesusasteraan, adaptasi melibatkan proses transformasi karya daripada satu medium (karya bertulis atau teater) kepada medium lain (filem). Penelitian proses adaptasi menekankan kepada kepentingannya kepada industri filem dan mengangkatnya sebagai genre filem. Isu kesetian termasuklah elemen naratif seperti tema, plot, latar dan persoalan terhadap karya asal merupakan antara isu yang sering dibincangkan dan diteliti. Fokus kajian ini adalah novel Tombiruo: Penunggu Rimba karya Ramlee Awang Mursyid (1998) yang diterbitkan oleh Seth Larney pada tahun 2007. Objektif kajian ini adalah membincangkan perbandingan elemen naratif dari novel ke filem menerusi karya Tombiruo: Penunggu Rimba yang melibatkan aspek latar dan, watak dan perwatakan. Seterusnya, menganalisis ketepatan proses transformasi novel ke filem Tombiruo: Penunggu Rimba karya Ramlee Awang Mursyid dengan mengaplikasikan teori Intertekstualiti. Kajian ini dianalisis berdasarkan pendekatan kualitatif dengan menggunakan beberapa kaedah iaitu kaedah perpustakaan, analisis tekstual dan sumber Internet. Teori yang digunakan adalah teori Intertekstualiti yang dipelopori oleh Bakhtin Mikhail (1926). Hasil kajian menunjukkan adanya kesetiaan terhadap transformasi novel ke filem Tombiruo: Penunggu Rimba walaupun berlakunya perubahan pada beberapa peristiwa, plot dan watak daripada sumber asal.
Kata kunci: Adaptasi, Novel, Filem, Naratif, Tombiruo:Penunggu Rimba, Intertekstualiti