Digital Special Collection Portal

Pelaporan kewangan menerusi Internet: indeks, tahap pelaporan dan faktor penentunya


Citation

Mohd Noor Azli Ali Khan (2010) Pelaporan kewangan menerusi Internet: indeks, tahap pelaporan dan faktor penentunya. Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia.

Abstract

Penyelidikan ini mengkaji perhubungan di antara tahap pelaporan kewangan menerusi Internet (PKMI) dengan faktor kontingensi dan karakter spesifik syarikat. PKMI diwakili oleh dimensi kandungan, dimensi pembentangan dan indeks keseluruhan PKMI. Kajian ini didorong oleh hasil penelitian literatur yang mendapati bahawa kajian-kajian lepas telah melaporkan hasil penemuan yang tidak konsisten berkaitan dimensi yang digunakan untuk mengetahui tahap PKMI. Keadaan ini telah mendorong wujudnya satu aliran kajian baru yang mencadangkan kepada perlunya pengkaji mengambil kira pemboleh ubah lebih terperinci bagi menjelaskan faktor penentu bagi praktis PKMI. Oleh yang demikian, kajian ini mengintegrasikan literatur PKMI, literatur faktor kontingensi dan literatur pelaporan kewangan dengan mengkaji faktor kontingensi dan karakter spesifik syarikat. Faktor kontingensi telah dibincangkan secara meluas oleh ahli-ahli perakaunan pengurusan sebagai pemboleh ubah yang penting bagi tujuan perlaksanaan strategi perniagaan. Daripada penelitian literatur PKMI, dua faktor bagi faktor kontingensi dan sepuluh faktor bagi karakter spesifik syarikat telah dikenal pasti. Karakter spesifik syarikat kajian pula telah diukur menggunakan tiga pemboleh ubah utama iaitu: struktur, prestasi dan pasaran. Kajian mendapatkan pandangan daripada penyedia laporan tahunan berhubung item yang perlu ada dalam senarai semakan indeks PKMI. Bersesuaian dengan ciri-ciri organisasi kajian, persampelan secara rawak telah digunakan. Sebanyak 68 soal selidik telah dikembalikan dan digunakan untuk dianalisis mewakili 15.11 peratus daripada keseluruhan 450 soal selidik yang diedarkan. Kadar pulangan soal selidik yang diterima adalah mencukupi, iaitu selaras dengan beberapa kajian terdahulu. Data kajian telah dikumpul daripada 182 buah Syarikat yang tersenarai di papan utama Bursa Malaysia bagi tujuan analisis regresi berganda. Hasil kajian menunjukkan bahawa sejumlah 87 item daripada 155 item dikenal pasti sebagai asas pengukuran untuk mengetahui tahap PKMI bagi syarikat yang tersenarai di papan utama Bursa Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa purata tahap PKMI ialah 65.10 dengan nilai minimum dan maksimum masing-masing 48.27 dan 78.16. Berdasarkan analisis regresi berganda, keputusan kajian mendapati bahawa tiga ciri utama syarikat iaitu saiz syarikat, tempoh penyenaraian dan pulangan atas ekuiti mempengaruhi secara signifikan tahap PKMI. Hasil kajian turut menunjukkan bahawa wujud hubungan negatif antara nisbah keberuntungan dengan dimensi kandungan dan indeks keseluruhan PKMI. Kaiian ini memberi maklumat penting kepada pembuat piawaian perakaunan, penggubal dan pihak berautoriti bagi membentuk satu garis panduan yang boleh diterima pakai oleh syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia berhubung praktis menyalurkan maklumat kewangan di dalam laman web syarikat. Hasil kajian ini juga diperlukan oleh penyelidik lain, para pengurus dan para pelabur yang pada masa kini sedang atau merancang untuk menggunakan maklumat kewangan bagi membuat keputusan pelaburan yang lebih rasional. Kesimpulannya, hasil kajian ini telah menyumbang kepada peningkatan kefalhaman terhadap subjek utama kajian dan yang lebih penting lagi ia turut menyumbang kepada perkembangan dan pengukuhan teori dalam bidang PKMI.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Date: 2010
Subject Heading: Financial statements.
Number of Pages: 344
Call Number: HF5681.B2 .M643 2010 tes
Research Type: Quantitative
Supervisor: Prof. Dr. Noor Azizi bin Ismail
Programme: Doctor of Philosophy
Institution: Universiti Utara Malaysia
Faculty/Centre/Office: The Office of Library and Knowledge Management
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14455
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2