Digital Special Collection Portal

Unsur Mistik Dalam Puisi Tradisional Iban: Kajian Terhadap Teks Timang Benih


Citation

Philomena Rawa Lenang (2024) Unsur Mistik Dalam Puisi Tradisional Iban: Kajian Terhadap Teks Timang Benih. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Timang Benih merupakan salah satu puisi tradisional bagi suku kaum Iban yang berbentuk invokasi. Timang Benih ini akan dinyanyikan oleh sekumpulan lemambang dalam upacara memberkati proses-proses penanaman padi, melindungi tanaman serta memberkati barang-barang yang digunakan untukmenanam padi. Tujuan penyelidikan dijalankan adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis unsurmistik serta merumuskan unsur mistik yang terkandung dalam teks puisi Timang Benih melalui pengaplikasian teori strukturalisme secara mendalam. Kajian ini hanya membataskan kepada satu sahaja penggunaan bukuiaitu buku Leka Timang yang telah disusun oleh Robert Menua Saleh. Kajian yang dilakukan oleh pengkaji hanya memfokuskan kepada satu teks puisi sahaja iaitu teks Timang Benih. Kajian yang dilakukan ini telah memanfaatkan kaedah kualitatif dengan melakukan rujukan teks, kajian kepustakaan serta analisis kandungan. Melalui penelitian teks Timang Benih penyelidik telah memberi fokus kepada unsur mistik menerusi lambang, haiwan dan tempat.Teori strukturalisme yang dipelorori oleh Mukarovsky dan Felik Vodicka (1977) telah dipilih oleh pengkaji untuk diaplikasikan di dalam kajian yang dilakukan ini. Meskipun mistik merupakan salah satu perkara yang menyeramkan, namun ia merupakan satu kepercayaan yang diturunkan dari moyang dan harus dihargai sehingga kini. Pengekalan sesebuah budaya amat penting agar tidak mudah lupus ditelan zaman serta generasi yang mendatang tahu akan kepentingan budaya dalam sesebuah masyarakat. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa menerusi teks puisi Timang Benih, sememangnya mengandungi unsur mistik yang digunakan untuk membangunkan puisi. Kesannya ialah penyelidikan yang dilakukan ini akanmemberi pengetahuan tentang penggunaan budaya mistik dalam kalangan masyarakat Iban. Pengetahuan yang diperoleh tersebut dapat dijadikan sebagai garis panduan kepada para penulis yang ingin mengkaji tentang budaya-budaya masyarakat yang lain.
Kata Kunci: Timang Benih, Unsur Mistik, Teori Strukturalisme

Download File / URL

[thumbnail of PHILOMENA RAWA LENANG C20A1386 PP II.pdf] Text
PHILOMENA RAWA LENANG C20A1386 PP II.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2024
Number of Pages: 130
Supervisor: Dr. Mohd Firdaus Che Yaacob
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14430
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2