Digital Special Collection Portal

Elemen Didaktisisme Dalam Siri Animasi Upin dan Ipin: Aku Sebuah Buku. Satu Penelitian Melalui Teori Semiotik


Citation

Nur Liyana Masturah Zamri (2024) Elemen Didaktisisme Dalam Siri Animasi Upin dan Ipin: Aku Sebuah Buku. Satu Penelitian Melalui Teori Semiotik. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Didaktisisme merupakan nilai pengajaran yang terdapat dalam karya sastera bertujuan untuk mendidik. Unsur didaktisisme sangat penting bagi melahirkan generasi muda untuk mengenali nilai-nilai pendidikan dalam kehidupan seharian. Animasi merupakan salah satu media untuk mengembangkan pengetahuan mereka mengenai elemen pengajaran dalam karya sastera. Kelompangan kajian didaktisisme dalam animasi tempatan yang ketara merupakan factor utama kajian ini dijalankan. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti elemen didaktisisme yang terdapat dalam siri animasi tempatan Upin dan Ipin dalam episod Aku Sebuah Buku serta mengkaji setiap elemen didaktisisme dalam siri animasi ini menggunakan teori Semiotik Peirce. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif melalui kaedah kepustakaan, kaedah analisis tekstual dengan menerokai kajian lepas serta sumber internet bagi mengukuhkan hujah kajian ini. Kajian ini mendapati bahawa terdapat unsur didaktisisme yang dominan dalam siri animasi Upin dan Ipin: Aku Sebuah Buku kerana mempunyai unsur pembelajaran yang dapat diambil dari pantun, syair, gurindam dan seloka. Bukan itu sahaja, kajian ini juga mendapati setiap perlambangan nilai didaktisisme boleh ditakrifkan menggunakan teori Semiotik Peirce dengan tepat. Diharapkan kajian ini dapat membuka minda pihak yang terlibat untuk menerokai bidang sastera dalam animasi agar generasi muda lebih menghargai dan mampu mengembangkan bidang sastera seiring dengan peredaran zaman.
Kata Kunci: Didaktisisme, Sastera, Animasi, Upin dan Ipin, Pendidikan, Semiotik Peirce

Download File / URL

[thumbnail of NUR LIYANA MASTURAH BINTI ZAMRI (C20A1261) - PROJEK PENYELIDIKAN [TESIS PENUH].pdf] Text
NUR LIYANA MASTURAH BINTI ZAMRI (C20A1261) - PROJEK PENYELIDIKAN [TESIS PENUH].pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2024
Number of Pages: 92
Supervisor: Ts. Dr. Mohd Saipuddin Suliman
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14424
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2