Teori Teksdealisme boleh menjadi rujukan atau panduan kepada pengarang dalam menghasilkan sebuah karya yang bermutu dan dapat meingkatkan karya sastera tempatan ke peringkat yang lebih tinggi. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis keunggulan pengarang dalam menggangkat unsur pendidikan sastera menerusi koleksi cerpen terpilih KOMSAS berdasarkan teori Teksdealisme. Pengkaji telah memilih enam jenis cerpen berdasarkan KOMSAS tingkatan 4 dan tingkatan 5 iaitu Cerpen ‘Kaduk, Ayam, dan Raja, Cerpen Munsyi , Cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Instanbul’ ,Cerpen ‘Cinta Ahmad Mutawwakil’, Cerpen ‘Hipertensi’ dan Cerpen ‘Gerhana Manusia’. Terdapat dua objektif di dalam kajian ini iaitu mengenal pasti bagaimana seseorang pengarang memanfaatkan prinsip kehadiran, pelanggaran dan pengukuhan di dalam KOMSAS Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 dan menyenaraikan nilai-nilai pendidikan yang terdapat di dalam teks KOMSAS berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara. Pengkaji menggunakan kaedah kualitatif iaitu dari segi membaca, menafsir, menganalisis, mengenal pasti kajian yang sedang dijalankan dengan menumpukan kepada objektif kajian supaya kerja menganalisis keunggulan pengarang pengarang dalam menggangkat unsur pendidikan sastera menerusi koleksi cerpen terpilih KOMSAS berdasarkan teori Teksdealisme berada di landasan yang betul. Pengkaji berharap agar kajian baru ini dapat menjadi salah satu pemangkin kepada pengkaji baru walaupun kajian tersebut dalam bentuk perspektif yang berbeza.
Kata Kunci : Teori Teksdealisme, KOMSAS, Pendidikan, Cerpen, Tingkatan 4 dan Tingkatan , Keunggulan Pengarang, Falsafah Pendidikan Negara.