Digital Special Collection Portal

Penerapan Didik Hibur di Dalam Filem Zombi Kampung Pisang Melalui Kehidupan Masyarakat Melayu Sebagai Pengajaran Berdasarkan Kritikan Sosiologi


Citation

Muhammad Harith Haiqal (2024) Penerapan Didik Hibur di Dalam Filem Zombi Kampung Pisang Melalui Kehidupan Masyarakat Melayu Sebagai Pengajaran Berdasarkan Kritikan Sosiologi. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Tesis ini membincangkan Penerapan Didik Hibur Di Dalam Filem Zombi Kampung Pisang Melalui Kehidupan Masyarakat Melayu Sebagai Pengajaran Berdasarkan Kritikan Sosiologi dengan tujuan utama untuk mengenal pasti dan menganalisis filem terhadap gejala yang tidak sihat dilakukan oleh masyarakat masa kini seperti gejala merempit, vandelisme, pembuangan sisa toksi, tidak menghormati golongan tua, malahan ada juga yang tidak menghormati negara seperti tidak menghormati lagu Negaraku. Obejktif kajian bagi tesis ini ialah menjelaskan konsep didik hibur yang terdapat di dalam filem Zombi Kampung Pisang, menghuraikan kritikan sosiologi yang dipaparkan di dalam filem Zombi Kampung Pisang dengan kehidupan masyarakat zaman sekarang, merumuskan didik hibur yang terdapat di dalam filem Zombi Kampung Pisang untuk dijadikan sebagai pengajaran. Kaedah penyelidikan melibatkan kaedah kualitatif dan data yang dikumpul melalui analisis visual. Analisis yang teliti menghasilkan penemuan yang signifikan, terutamanya berkenaan penerapan didik hibur yang terkandung dalam filem Zombi Kampung Pisang untuk dijadikan pengajaran kepada masyarakat melalui teori sosiologi model cermin. Hasil penyelidikan ini memberikan gambaran yang mendalam tentang Penerapan Didik Hibur Di Dalam Filem Zombi Kampung Pisang Melalui Kehidupan Masyarakat Melayu Sebagai Pengajaran Berdasarkan Kritikan Sosiologi dan menyediakan asas untuk menggambarkan dinamik hubungan antara watak sebagai cerminan nilai budaya dan norma sosial.

Download File / URL

[thumbnail of FULL TESIS MUHAMMAD HARITH HAIQAL BIN MOHD. HAISHAM C20A1115.pdf] Text
FULL TESIS MUHAMMAD HARITH HAIQAL BIN MOHD. HAISHAM C20A1115.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2024
Subject Heading: KRITIKAN SOSIOLOGI
Subject Heading: PENERAPAN DIDIK HIBUR
Subject Heading: KEHIDUPAN MASYARAKAT MELAYU
Number of Pages: 127
Supervisor: Dr. Nordiana Ab. Jabar
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14418
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2